3 Nov 2009

Ayuh meriahkan Bukit Jalil-Perang Poster Gergasi bermula


Kempen seorang satu bendera-ayuh kibarkan di Bukit Jalil


Penyokong-penyokong setia The Red Warriors sudah tentu teruja untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu Negeri Sembilan sabtu ini.

Namun kita tidak harus lupa persiapan-persiapan serta kelengkapan yang perlu dibawa bagi melahirkan rasa gerun di pihak lawan.

Jika final sebelum ini kita 'kalah' dengan poster-poster gergasi dari penyokong-penyokong Selangor.Mereka dilihat seolah-olah berlumba-lumba untuk mempamerkan poster-poster mereka tidak kira dari ceruk mana atau daerah mana sekalipun.

Penyokong-penyokong Red Warriors juga perlu berbuat demikian,kita bina sama-sama poster gergasi masing-masing contohnya mewakil daerah serta kelab bolasepak yang diwakili atau kampung-kampung.

Penyokong-penyokong juga di sarankan membawa seberapa banyak bendera Kelantan ataupun persatuan kerana semangat pemain-pemain pasti akan melonjak melihat kibaran bendera negeri atau persatuan.Kalau boleh setiap orang satu bendera negeri atau persatuan.

Penyokong-penyokong juga perlu menyeragamkan sorakan seperti yang dilakukan di Kota Bharu seperti mengikuti paluan gendang atau rebana ubi.

Baju yang dipakai semestinya melambangkan negeri Kelantan iaitu Merah walaupun kita tahu penyokong Negeri Sembilan akan memakai warna merah juga.

Penyokong disarankan membeli jersi pasukan supaya menampakkan bahawa penyokong-penyokong Kelantan setara dengan penyokong luar negara yang semestinya akan mempunyai koleksi jersi dan akan memakai setiap kali pasukan kesayangan mereka beraksi.

*apa yang paling penting keazaman kita untuk melihat kejayaan pasukan menjulang Piala Malaysia untuk dihadiahkan kepada rakyat Kelantan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawe sokong 100 peretus.....molek benar lah nie....

Tanpa Nama berkata...

kawe cadangkan kita wat poster gergasi tuk setiap pemain kelantan hok main kesebelasan utama malam tu...pahtu lepas habih nyanyi lagu kelate baru kita tunjuk poster tu....harap2 benda boleh v tenaga extra ko pemain kito...

Tanpa Nama berkata...

kawe cadang pihak kafa atau persatuan bola buka gerai jual bendera,jersi,cenderamata.senang nak beli.kita kena ada banyak poster untuk naik semangat pemain dan juga set musuh jadi gerun

GombakRock berkata...

salam,

tahniah diucapkan diatas kejayaan kelantan mara ke final piala malaysia 2009...saya memang sudah menjangkakan yg kelantan akan ke final PM 2009 dari awal musim lagi...tapi dgn harapan berjumpa dgn sang merah kuning...
nak buat camne pasukan saya tersungkur di KT...huhu T_T...pastu saya mengharapkan final kelantan vs terengganu...sudah pasti bergegar bukit jalil!!..tapi memang sudah rezeki sang rusa...
entah kenapa saya rasa cam nak pegi lak final kali ni...lagipun saya dah janji dgn member saya budak kelantan...memang hobi saya menyaksikan peristiwa bersejarah nih!! haha...semoga berjaya!!

Tanpa Nama berkata...

tsunami merah akan mengila di bukit jalil sabtu ni.ayuh semua rakyat kelate,kita bagi sokongan padu kepada pemain red warrior.

satu wira satu bendera

Tepi Sungai Batu berkata...

Pak Man mengalu-alukan kedatangan rombongan penyokong-penyokong Kelantan untuk singgah berehat di Masjid Abu Bakar , Raub. Pak Man tunggu di sana.
Pak Man akan ada di sana, pakai baju merah, kopiah putih.
Hidup Kelate!

Unknown berkata...

Pak Ngah menyahut seruan agar banner gergasi dari daerah dan persatuan akan digantung secara 'festival" didalam Stadium Bukit Jalil. Pada Final Piala FA lepas, Banner Gergasi WIRA MERAH TANAH MERAH dengan gah nya berkibar. Pak Ngah mengharapkan akan ada banner-banner gergasi mewakili setiap jajahan di Kelantan dan juga bendera Kelantan gergasi dibuat bagi memeriahkan lagi suasana Stadium nanti. Ayuh tokoh korporat dari setiap jajahan, banner gergasi perlu ditaja oleh anda semua...

Pak Ngah Junoh