7 Jan 2012

Perang psikologi dari Azraai..

Kata-kata di atas dipetik dari kenyataan Azraai yang disiarkan oleh Berita Harian.Azraai cuba untuk melemahkan mental tiga pemain Kelantan iaitu Indra Putra,Norfarhan dan Azizi Matt Rose dengan memanggil mereka dengan gelaran sedemikian.


Beliau mungkin tahu ketiga-tiga trio tersebut adalah tunjang utama Kelantan musim ini yang mempunyai banyak pengalaman dalam perlawanan genting seperti ini.

Jika penyokong-penyokong Kelantan sudah tidak memanggil trio tersebut dengan gelaran tersebut mengapa Azraai mengeluarkan kenyataan ini.Provokasi dari beliau tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada mereka.malah akan menaikkan semangat mereka untuk terus berjuang bagi memastikan Kelantan menjulang Piala Sumbangsih ini.

Pemain-pemain sudah pasti akan bermain bermati-matian kerana semua mata pasti tertumpu kepada perlawanan ini yang bakal mencorak perjalanan pasukan Kelantan selepas ini dengan sasaran getir dari presiden KAFA,TSAM yang mahukan Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga.

Andai Kelantan mampu menewaskan Negeri sembilan malam ini ianya sebagai tonik semangat bagi menghadapi skuad Lions XII yang belum diketahui lagi kekuatan sebenar mereka.

Harapan dari penyokong-penyokong setia agar Kelantan dapat memberikan persembahan paling menarik dan pemain-pemain import terutamanya Ghaddar serta Antwi mampu melakukan sesuatu malam ini.

Tiada ulasan: