29 Ogo 2011

Selamat Hari Raya The Red Warriors

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pemain,penyokong,pengurusan pasukan The Red Warriors dan rakyat Kelantan tidak kira yang berada diperantauan atau dimana sahaja.

Bagi mereka yang ingin pulan ke kampung berhati-hati dijalan raya...ingat orang tersayang..ingat pasukan tersayang...TRW.

Kami memohon maaf jika ada tersalah atau terkasar bahasa sepanjang mengendalikan blog ini.Jika ada yang terasa dengan tulisan atau artikel yang disiarkan janganlah berkecil hati kerana resam dunia bila kita berjaya kita dipuji dan dijulang..bila kita kecundang dikeji dan dihina.

Jumpa kembali dalam saingan Piala Malaysia!!!

Salam lebaran...Maaf Zahir dan Batin

25 Ogo 2011

Keputusan perlawanan persahabatan 2011 : Kelantan vs T.Team

Kelantan 3(Piya,Alex)

T.Team 1

Perlawanan persahabatan semalam menyaksikan kombinasi menarik yang ditunjukkan oleh Alex dan Norshahrul.Jika kedua-dua pemain ini mampu memberikan persembahan mantap seperti semalam tidak mustahil Kelantan akan menjulang Piala Malaysia sekali lagi.

24 Ogo 2011

Perlawanan persahabatan Kelantan vs T.Team 2011

Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Tarikh : 24 Ogos 2011
Masa : 10 Malam
Harga Tiket : Astaka RM 10,Terbuka RM 5

Tiket-tiket perlawanan mula dijual tepat jam 3 petang.

Mari kito ramai-ramai penuh stadium malam ni...sebelum tu kita sembahyang terawih sama-sama di perkarangan stadium...

KAFA terkejut kadar sewa stadium naik

KOTA BHARU - Ketika skuad The Red Warriors sibuk mengadakan persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia musim ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikejutkan dengan kenaikan kadar harga sewa padang dan stadium untuk sesi latihan selama dua jam.

Red Warriors merah padam

PSK naik kadar sewa Stadium Sultan Muhammad seratus peratus

KETIKA Kelantan sibuk membuat persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini, skuad The Red Warriors dikejutkan dengan kadar baru sewa bagi penggunaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu yang jumlahnya meningkat hampir 100 peratus iaitu daripada RM650 kepada RM1,200 berkuatkuasa 3 Ogos lalu.

23 Ogo 2011

‘Kami tak gentar bertembung Kelantan’

Oleh Mohd Fitrie Muhamad, Berita Harian.

JANGKAAN awal yang mungkin menemukan dua pasukan tetangga – Terengganu dan Kelantan di peringkat suku akhir tidak pernah melahirkan rasa gerun kepada Abdul Manaf Mamat dalam usaha membantu pasukan bergelar Penyu itu menjuarai Piala Malaysia, musim ini.

Penyudah Kelantan makin berbisa


NORSHAHRUL (dua dari kanan) mengakui jentera serangan Kelantan
semakin mantap.


PENGGEMPUR sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau 'Mat Yo' mengakui kehadiran dua penyerang pinjaman dari pasukan Pahang iaitu Azammuddin Akil dan R. Surendran menambah sengat di bahagian jentera serangan pasukan yang mendapat jolokan The Red Warriors itu.

Apek dan Safee Sali bakal ke EPL?

Hari ini baca utusan malaysia berita tentang dua pemain kebangsaan akan diberi peluang untuk mengikuti latihan di Kelab Queens Park Rangers yang baru dinaikkan ke liga Perdana Inggeris musim ini.

22 Ogo 2011

flowerhill fc ungguli EPL Fantasy football kelatefc league

Tahniah sebab demo berjaya menjadi juara untuk minggu kedua EPL Fantasy Football...


T-Team kembali uji Kelantan

KOTA BHARU - Pasukan berstatus kelab, T-Team bakal menguji kehebatan juara bertahan, Kelantan apabila kedua-duanya turun berentap dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 10 malam, Rabu ini.

Saingan Piala Malaysia 2010 dan 2011...Mana lebih sengit?




p/s : Tahun ni laluan Kelantan agak berliku dalam kancah Piala Malaysia walaupun dilihat mempunyai laluan mudah.'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya',dijangkakan pusingan pertama Kelantan akan memberikan persembahan kurang menyakinkan...Sama-sama kita saksikan nanti samaada mampukah Kelantan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu...

19 Ogo 2011

keputusan perlawanan persahabatan PDRM vs Kelantan

Menang lagi...

PDRM 0 - 1 Kelantan(Nizab Ayub m 45)

Tahniah kepada pasukan TRW kerana berjaya mengekalkan kemenangan dalam perlawanan persahabatan semalam.Menariknya kubu Kelantan masih lagi kebal untuk dibolosi lawan.Khabar gembira buat penyokong-penyokong setia TRW.

18 Ogo 2011

Result friendly Kelantan vs Selangor

Alex lagi!!!!

Selangor 0 - 1 Kelantan

Alex sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila gol tunggalnya berjaya menewaskan Selangor dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam semalam.

Lagi perlawanan persahabatan selepas ini...

15 Ogo 2011

Result friendly game KL-Kel

K.LUMPUR 0-5 KELANTAN
Senarai penjaring :
Nurul Azwan Roya
Azamuddin Akil
Mohd Badri Radzi
Solehin Kanasian
R.Surendran


14 Ogo 2011

Perlawanan persahabatan The Red Warriors persediaan Piala Malaysia 2011

Kuala Lumpur vs Kelantan – 14 ogos
Stadium Selayang

Selangor vs Kelantan – 17 ogos
Stadium Shah Alam

PDRM vs Kelantan - 18 Ogos
Stadium Selayang

Kelantan vs T.Team – 24 ogos
SSMIV,KB

Songkhla FC (Thai) vs Kelantan – 26 ogos
Tinsulanon Stadium, Songkhla.

11 Ogo 2011

Alex janji aksi cemerlang bantu Red Warriors

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob, Harian Metro.

PEMAIN pinjaman pasukan Kelantan, Azamuddin Mohd Akil berjanji mempamerkan aksi cemerlang bagi membantu Red Warriors mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu selain memburu kejayaan peribadi dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula September ini.

Surendran lengkap pemain pinjaman skuad Kelantan

KOTA BHARU - Teka-teki siapa yang akan menjadi pemain pinjaman terakhir skuad bimbingan Datuk M. Karathu akhirnya terjawab apabila penyerang Pahang, R. Surendran menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi Kelantan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

10 Ogo 2011

Tiga kelab intai Sathia

BEKAS jurulatih Kelantan, B Sathianathan yang baru menamatkan tempoh hukuman penggantungan enam bulan dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 23 Julai lalu, kini dilaporkan diintai beberapa kelab bola sepak termasuk daripada luar negara.

Kelantan terus buru pemain pinjaman

KOTA BHARU - Selepas mendapatkan Azammuddin Mohd. Akil, Kelantan kini menginginkan seorang lagi pemain pinjaman untuk berdepan cabaran mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

9 Ogo 2011

Jadual Perlawanan Persahabatan TRW

14/08/2011 K.Lumpur Vs Kelantan (Std Bolasepak Cheras)
17/08/2011 Selangor Vs Kelantan (Std Shah Alam)
*Sebarang perubahan akan kemaskini kemudian.

Azzamuddin perkuat Red Warriors pertahankan Piala Malaysia

KOTA BHARU - Penggempur sensasi Pahang, Azzamuddin Mohd. Akil, 26, sah akan beraksi bersama Kelantan sebagai pemain pinjaman bagi memperkuatkan pasukan Red Warriors dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

8 Ogo 2011

Red Warriors terima bonus RM282,000


BARISAN pemain dan pengurusan Red Warriors dan Piala Presiden Kelantan yang menjuarai Liga Super dan Piala Presiden musim ini menerima bonus RM282,000 sebagai menghargai kejayaan pasukan masing-masing.

7 Ogo 2011

Jadual lengkap Piala Malaysia 2011

JADUAL LENGKAP PIALA MALAYSIA 2011

6 SEPTEMBER 2011
KUMP A -; Johor vs Kedah | Sabah vs Perak
KUMP B -; Sime Darby vs Terengganu | PKNS vs N.Sembilan
KUMP C -; Sarawak vs Kelantan | Felda vs Johor FC
KUMP D -; PDRM vs Selangor | K.Lumpur vs T-Team

5 Ogo 2011

Keputusan undian Piala Malaysia 2011:Kelantan ada kelebihan?

Kelantan dilihat mempunyai kelebihan apabila berada dalam kumpulan C yang menyaksikan persaingan diantara dua pasukan berstatus Kelab iaitu Johor FC dan Felda United manakala pasukan liga Perdana iaitu Sarawak bersedia untuk menyaingi pasukan Liga Super.

4 Ogo 2011

Undian Piala Malaysia 2011; Susunan Pasukan

Info ini diambil dari web Sokernet

Info Undian Piala Malaysia 2011
  • Tarikh: 5 Ogos 2011
  • Masa: 5.30 petang, Jumaat
  • Live: Astro Arena
Susunan Pasukan

3 Ogo 2011

'Kami bukan monyet'

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)

Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.