2 Ogo 2009

Kedah sah raih tempat ke-3


HABUAN RM150,000 sah menjadi milik Kedah apabila mengesahkan tempat ketiga Liga Super dengan kemenangan 1-0 ke atas Pulau Pinang selepas berakhirnya pusingan perlawanan penuh dramatik semalam.

Dengan juara dan naib juara disahkan, masing-masing menjadi milik Selangor dan Perlis, tempat ketiga yang menjadi perhitungan antara Kedah dan Terengganu dalam penutup tirai musim 2008/09.

Azrul Ahmad muncul wira buat bekas juara musim lalu itu apabila membenam cabaran pasukan lamanya, Pulau Pinang dengan menampan masuk melepasi penjaga gol, Mohd Solehin Rodzi, empat minit sebelum tamat di Stadium Darulaman.

Terengganu sebelum itu kelihatan mampu merampas kedudukan ketiga apabila mendahului 1-0 berdepan Negeri Sembilan sebelum disamakan 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Di Stadium Utama Negeri, Perlis mengukuhkan tempat kedua dengan 56 mata apabila menang 2-1 dengan Polis mengejutkan tuan rumah pada minit ke-14. Namun segala harapan untuk Polis meraih kemenangan tunggal mereka musim ini dilenyapkan oleh dua jaringan Nizaruddin Yusoff.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang Johor FC menamatkan saingan liga di tempat kelima selepas menewaskan pasukan yang berada satu anak tangga di bawah, Kelantan 2-1.

Di Stadium Cheras, KL PLUS berpesta gol menundukkan Kuala Muda Naza 5-0 manakala Perak sekadar seri 1-1 di Stadium Perak.

Terengganu sebelum itu kelihatan mampu merampas kedudukan ketiga apabila mendahului 1-0 berdepan Negeri Sembilan sebelum disamakan 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Seandainya Terengganu mengekalkan satu gol itu dan Kedah seri tanpa jaringan, Terengganu yang akan membawa pulang RM150,000 berdasarkan jumlah jaringan lebih banyak dengan dua pasukan itu akan terikat dengan perbezaan gol sama iaitu 16.-ihsan BHarian

Tiada ulasan: