4 Ogo 2009

FAM 'simpan' RM200,000



MENANG MARUAH... Pemain-pemain skuad Harimau Muda bersorak gembira selepas menewaskan Kuala Lumpur kelmarin untuk muncul juara Liga Perdana musim ini.


BIARPUN bergelar juara Liga Perdana 2009, skuad bawah 20 tahun kebangsaan atau Hari- mau Muda hanya akan menjulang trofi kejua- raan tersebut tanpa memenangi hadiah wang tunai RM200,000.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM berkata, perkara tersebut sebenarnya sudah termaktub dalam peraturan pertandingan 2009.

"Mengikut fasal 3.23 iaitu berhubung kedudukan Harimau Muda dalam saingan Liga Perdana, mereka tidak boleh menerima hadiah wang tunai dan jika mereka muncul juara, mereka tetap kekal dalam saingan Liga Perdana.

"Jadi memandangkan Harimau Muda muncul juara Liga Perdana, maka hadiah wang tunai selaku juara tidak akan diberi kepada Harimau Muda sebaliknya akan disimpan oleh FAM," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Dengan keputusan yang dibuat JKPT itu, pasukan T-Team yang muncul naib juara Liga Perdana akan menerima wang tunai RM100,000 manakala Johor di tangga ketiga menerima RM50,000.

Berhubung sama ada dua pasukan teratas Liga Perdana akan naik ke Liga Super atau tidak, Che Mat berkata, isu penurunan dan kenaikan daripada liga bawahan ke liga atasan termasuk Liga FAM buat masa ini tidak dapat ditentu- kan.

"Kita terpaksa menunggu sehingga format baru Liga Malaysia 2010 ini dimuktamadkan dahulu. Buat masa ini tiada kenaikan atau pe- nurunan sehinggalah diputuskan kelak," jelas- nya.

Sementara itu, majlis undian bagi saingan Piala Malaysia 2009 akan diadakan di Wisma FAM pada 15 Ogos ini.

"Sebanyak 20 pasukan akan bersaing dan dibahagikan kepada lima kumpulan. Pasukan di tangga pertama hingga kelima Liga Super (Selangor, Perlis, Kedah, Johor FC dan Terengganu) akan menjadi pasukan pilihan dan diasingkan dalam lima kumpulan berlainan," katanya.

Piala Malaysia akan bermula pada 26 Septem- ber depan iaitu seminggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.-kosmo

Tiada ulasan: