|
|
Gol Nizaruddin pada minit ke-53 dan 79 itu cukup untuk membolehkan Perlis menewaskan Polis Diraja Malaysia 2-1 di Stadium Utama Negeri, Kangar semalam walaupun pada satu ketika ketinggalan hasil jaringan pemain lawan, Khairul Azwan Abdullah pada minit ke-51.
Malang bagi pencabar Nizaruddin untuk merebut gelaran Kasut Emas, Mohd. Ashaari Samsudin apabila dia hanya mampu menjaringkan satu gol ketika Terengganu seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.
Pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi itu, Ashaari yang terikat 16 gol dengan Nizaruddin, mencipta jaringan pada minit ke-21 sebelum S. Kunalan menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-84.
Kedah pula menduduki tempat ketiga musim ini selepas menewaskan Pulau Pinang 1-0 pada perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Ini diikuti Johor FC di tempat keempat selepas pasukan bertaraf kelab itu menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan di Stadium Pasir Gudang.
Terengganu pula di tempat kelima diikuti Kelantan, Negeri Sembilan, KL PLUS, Kuala Muda Naza, Perak, UPB-MyTeam, Pulau Pinang, Pahang dan PDRM.
Kedudukan mutakhir itu diperoleh selepas turut mengambil kira keputusan perlawanan yang menyaksikan KL PLUS menewaskan Kuala Muda Naza 5-0 di Stadium KLFA Cheras dan Perak seri 1-1 dengan UPB-MyTeam di Stadium Perak, semalam. -ihsan utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan