21 Feb 2015

Liga Super 2015 : Kelantan tewas

Keputusan penuh : 

Kelantan 0-4 PDRM

Keputusan yang sukar diterima oleh penyokong-penyokong TRW apabila tewas besar kepada PDRM.

Ketua jurulatih Kelantan perlu melakukan post mortem bagi mencari punca bagaimana Kelantan tewas besar serta dimalukan oleh pendatang Liga Perdana itu.

Mungkin faktor nasib sedikit menyebelahi pasukan PDRM yang berjaya memanfaatkan peluang yang ada serta kemantapan barisan pertahanan yang mengekang setiap inci pergerakan penyerang Kelantan.

Kelantan harus bangkit dalam perlawanan menentang Sarawak dalam saingan Piala FA seandainya tidak mahu stadium Sultan Muhammad ke IV kosong selepas ini.

1 ulasan:

Boria berkata...

Meme la kaloh tgk ko menne mene ko kito tp strategi puok dio biso kakloh