30 Jun 2013

Tuah angka 16 pertahan Piala FA

Episod Piala FA 2013 telah berakhir dan pemenangnya sudah diketahui iaitu juara bertahan Kelantan.

Malam indah buat kapten Kelantan Badri apabila lorongan beliau kepada Norfarhan berjaya disudahi dan seterusnya memastikan Piala FA kekal dibumi Kelantan.

Kebetulan gol tersebut dijaringkan pada minit ke 16 perlawanan bersamaan dengan jersi keramat Piya.Beliau juga diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Tahniah kepada semua pemain yang bermati-matian mempertahankan maruah Kelantan dihadapan puluhan ribu penyokong setia.

Buat JDT anda belum layak lagi untuk beraksi dalam perlawanan sebesar ini..gah pada nama tapi didalamnya penuh ketakutan...

29 Jun 2013

Keputusan Final Piala FA 2013 : Kelantan vs Johor Darul Takzim

keputusan penuh

Kelantan 1-0 Johor Darul Takzim

Gol dijaringkan oleh Norfarhan pada minit ke 16

tahniah kelantan juara piala fa 2013,

27 Jun 2013

Ulat Tiket lagi...

Tiket hasil jualan ulat tiket 
p/s : Terpaksa beli sebab minat sangat dekat The Red Warriors

Pereka Piala FA mahu The Red Warriors pertahan gelaran

SUHAIMI menunjukkan lakaran Piala FA sebelum menghasilkan trofi berkenaan tahun lalu

SAYA mahu tengok Piala FA terus kekal bersama pasukan Kelantan musim ini.”
Demikian luah Suhaimi Mat Jusoh, 45, individu yang bertanggungjawab menghasilkan trofi itu yang kali pertama diperkenalkan musim lalu bagi menggantikan piala yang lama.
Menurut Suhaimi, sebagai seorang pengukir barangan perak yang bertanggungjawab mereka bentuk piala tersebut, dia cukup bangga apabila pasukan negeri kelahirannya, Kelantan berjaya merangkul Piala FA musim lalu.
“Kegembiraan puluhan ribu peminat Kelantan yang lain jika The Red Warriors berjaya muncul juara nanti mungkin sedikit berbeza dengan kegembiraan yang mungkin saya rasai kerana ia cukup sentimental.

Kelantan lancar perang psikologi

JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak mula melancarkan perang psikologi menjelang aksi final menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.
Secara terbuka, Hodak menganggap The Red Warriors lebih layak untuk diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kempen Piala FA kali ini.
“Banyak artikel yang disiarkan oleh pihak media menyebut Johor DT adalah pasukan pilihan yang akan menjuarai Piala FA musim ini.
“Mungkin benar jika mereka melihat kepada status pemain yang dimiliki pasukan itu, tetapi saya mahu beritahu bahawa Kelantan juga memiliki ramai pemain yang hebat.
“Sebahagian besar pemain Kelantan yang ada ketika ini mempunyai pengalaman bermain di pentas sebegitu besar, sama ada final Piala FA atau Piala Malaysia.

25 Jun 2013

Liga Super 2013 : keputusan penuh Kelantan vs Pahang

Keputusan penuh :

Kelantan 2-0 Pahang

Gol-gol dijaringkan oleh Badri Radzi pada separuh masa pertama dan Zamri Ramli pada separuh masa kedua.

**macam tengok Kelantan 'training' sebelum aksi final sabtu ini...

21 Jun 2013

Keputusan Liga Super 2013 : Terengganu vs Kelantan

Keputusan Penuh :

Terengganu 0-4 kelantan

Penjaring Badri minit 12,Dickson 47,Farhan 51 dan Faiz 56

Tahniah buat The Red Warriors...malam ni Terengganu mabuk lampu...

19 Jun 2013

Info Liga Super 2013 : Terengganu vs Kelantan

Terengganu vs Kelantan
Stadium Sultan Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu,
Jumaat,
21 Jun 2013,
8.45 mlm

15 Jun 2013

Gambar sekitar Walkathon DiRaja 'Walk with me 2013'

Gambar sekitar program berjalan bersama Sultan Muhammad ke v pada 13 jun 2013.

Seramai 30000 orang menyertai program walk with me 2013 ini.

5 Jun 2013

Al-Fatihah buat Kamaruddin Mohd Nor

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada penolong jurulatih ATM,Allahyarham Kamaruddin Mohd Nor yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, akibat serangan jantung, jam 6.30 petang semalam

Allahyarham Kamaruddin, 56, merupakan bekas pemain kebangsaan dan Kelantan pada tahun 1970-an serta pernah membimbing skuad Piala Presiden,Liga Perdana serta pengarah kejurulatihan KAFA tidak lama dahulu dan menjawat jawatan Penolong Jurulatih ATM pada tahun lalu.

Sumber : Sinar Harian

3 Jun 2013

Final Piala FA di Bukit Jalil

Kuala Lumpur: Final Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan juara bertahan, Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemilihan Stadium Nasional untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan.
Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar.

Tiket diberi sama rata
Jadi kami akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat termasuk dalam menentukan soal pengagihan tiket.

1 Jun 2013

Akhir Piala Fa 2013 : Kelantan jumpa JDT

Johor Darul Takzim menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke final Piala FA 2013 menerusi peraturan gol ditempat lawan walaupun tewas 1-2 keatas Pahang pada perlawanan Separuh akhir kedua.

Johor DT bakal bertemu juara bertahan,Kelantan pada 29 jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ayuh The Red Warrios misi balas dendam kekalahan dalam perlawanan Liga Super bakal dilunaskan.

Penyokong Johor DT tunggu kami...

...THIS IS PANTAI TIMUR...