![]() |
| SUHAIMI menunjukkan lakaran Piala FA sebelum menghasilkan trofi berkenaan tahun lalu |
SAYA mahu tengok Piala FA terus kekal bersama pasukan Kelantan musim ini.”
Demikian luah Suhaimi Mat Jusoh, 45, individu yang bertanggungjawab menghasilkan trofi itu yang kali pertama diperkenalkan musim lalu bagi menggantikan piala yang lama.
Menurut Suhaimi, sebagai seorang pengukir barangan perak yang bertanggungjawab mereka bentuk piala tersebut, dia cukup bangga apabila pasukan negeri kelahirannya, Kelantan berjaya merangkul Piala FA musim lalu.
“Kegembiraan puluhan ribu peminat Kelantan yang lain jika The Red Warriors berjaya muncul juara nanti mungkin sedikit berbeza dengan kegembiraan yang mungkin saya rasai kerana ia cukup sentimental.
