29 Ogo 2012

Sama liat!

PERTARUNGAN sengit membabitkan dua juara liga berakhir dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata dalam perlawanan pelengkap pusingan pertama Kumpulan B saingan Piala Malaysia, malam tadi.

Juara Liga Perdana, ATM nyata menghadirkan gerun kepada juara Liga Super dan Piala FA musim ini, Kelantan apabila terlebih dulu membuka jaringan pada babak kedua selepas terikat tanpa jaringan sepanjang 45 minit pertama.

26 Ogo 2012

25 Ogo 2012

Keputusan Penuh perlawanan Piala Malaysia 2012 : P2

Kelantan 2 - 1 Kedah
ATM 2 - 1 Terengganu
Selangor 2 - 2 Pahang
Lions XII 3 - 1 PKNS FC
N.Sembilan 4 - 0 Sime Darby
Johor 1 - 2 Johor FC
T.Team 0 - 0 Sarawak
Perak 2 - 4

23 Ogo 2012

Kelantan tewas...

Keputusan penuh Piala Malaysia 2012 :

Terengganu     2 - 0     Kelantan   
Johor FC     0 - 0     LIONSXII     
Sime Darby     1 - 1     Perak
Pahang     3 - 2     T-Team    
Kedah     0 - 2     ATM         
PKNS     1 - 1     Johor       
Felda United     1 - 1     Negeri Sembilan         
Sarawak     2 - 1     Selangor         
 

22 Ogo 2012

Info Piala Malaysia 2012 : Terengganu vs Kelantan

Kelantan bakal bertemu Terengganu dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2012 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu.

Perlawanan tersebut bakal disiarkan secara langsung oleh pihak Astro melalui siaran Astro Arena 801 bermula jam 8.45 malam.

Walaupun Kelantan 'kehilangan' penyerang berbisa,Mohammed Ghaddar yang digantung satu perlawanan Kelantan tetap menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan malam ini kerana masih ramai lagi pemain-pemain yang mampu menjaringkan gol buat Kelantan.

Sama-sama kita berikan sokongan padu buat pasukan Kelantan tak kira dimana kita berada.Gomo Kelate Gomo..

Kito Gomo Teganu pulok!!!

16 Ogo 2012

Kelatefc EPL Fantasy Footbal 2012/2013

Liga Perdana Inggeris akan bermula sabtu ini jadi jom kita aktifkan diri kita dengan menyertai EPL Fantasy football.Berikut adalah kod untuk join EPL Fantasy Football untuk Kelatefc : 743103-186589.

Jika anda ingin rakan-rakan menyertai liga EPL Fantasy anda,postkan diruangkan komen ini untuk saya listkan kod EPL Fantasy anda.


 

Ghaddar kota janji

Ke Kelana Jaya, berdepan Jawatankuasa Tatatertib FAM

Kota Bharu: Pemain import Kelantan, Mohamed Ghaddar mengotakan janjinya untuk pulang bersama The Red Worriors apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, petang semalam.
Bagaimanapun, pemain itu tidak terus ke Kota Bharu, untuk berhadapan perbicaraan dengan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung kelewatannya melaporkan diri bersama pasukan itu, Ahad lalu.

Hadapi perbicaraan

Keputusan persahabatan Pra Piala Malaysia 2012 : Kelantan vs T.Team

Kelantan 1 - 1 T.Team

Gol Kelantan dijaringkan oleh pemain pinjaman dari Kuala Lumpur,Afiq Azmi manakala gol T.Team hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Kelantan Shahrul Azim.



*mengantuk tengok game semalam...tapi layan jer la...

12 Ogo 2012

Keputusan perlawanan persahabatan Pra Piala Malaysia 2012 : Kelantan vs Pattani FC

Kelantan 3 - 0 Pattani FC

Jaringan hatrik pemain pinjaman dari Kuala Lumpur,Afiq Azmi.

Lain-lain perlawanan persahabatan :

 Sumber : John McTiernan Facebook

8 Ogo 2012

Pengurusan Kedah didesak letak jawatan

Empat kelab penyokong bola sepak Kedah hari ini mendesak semua pihak dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) termasuk Presidennya Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan dengan segera berikutan prestasi hambar pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Gesaan tersebut dibuat oleh Kenari Fans Skuad, Ultras Kedah, Kelab Peminat Bola Sepak Kedah dan Persatuan Setia Anak Rantau Kedah yang mendakwa mewakili 50,000 penyokong dan peminat bola sepak Kedah, berikutan prestasi buruk yang ditunjukkan pasukan negeri hingga terpaksa turun ke Liga Perdana dalam saingan tahun depan.

Jurucakap gabungan kelab penyokong Kedah itu, Mohd Sazali Mohd Sobri berkata selama empat tahun di bawah pengurusan Azizan, yang juga Menteri Besar Kedah, prestasi pasukan tersebut tidak konsisten sehingga gagal mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan.

Beliau berkata rata-rata jawatan tertinggi dalam KFA disandang oleh ahli politik yang menjadikan persatuan sebagai platfom untuk meraih undi pada pilihan raya umum akan datang tanpa memikirkan cara untuk membangunkan bola sepak negeri.

"Kita patut ketepikan isu politik dalam bola sepak. Kita perlu jadikan Kelantan sebagai 'role model' yang kini menjadi antara pasukan yang digeruni pihak lawan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Amri, Bunyamin didenda

Dua pemain Selangor iaitu kapten pasukan Mohd Amri Yahyah dan pemain tengah Mohd Bunyamin Umar dikenakan penggantungan sebanyak tiga perlawanan selain didenda sebanyak RM1,500.

Mereka didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bawah Kod 2.4 Tataetika FAM 2012 kerana mengasari penyerang Kelantan dari Libya, Mohammed Ghaddar Mahmoud pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu pada 29 Jun lepas yang menyaksikan pasukan tuan rumah mencatatkan kemenangan tipis 1-0.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Taufik Abdul Razak berkata hukuman tersebut dijatuhkan selepas mereka meneliti video rakaman perlawanan tersebut selain mendapatkan keterangan daripada beberapa saksi termasuk pengadil perlawanan Mohd Jefferi Zolkifli.

5 Ogo 2012

Olimpik London : Perlawanan Akhir Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan

Perlawanan akhir badminton merebut emas olimpik perseorangan lelaki akan diadakan malam ini tepat jam 8.00 malam.

Andai Lee Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan malam ini,impian untuk memiliki emas pertama negara dalam sukan Olimpik bakal tercapai.

Chong Wei juga bakal mendapat RM 4 juta dari skim ganjaran hadiah kemenangan andai berjaya merangkul emas malam ini.Jangan lupa saksikan detik bersejarah ini siaran langsung TV1 malam ini.

4 Ogo 2012

Idea bernas dari Tan Sri Annuar Musa untuk bolasepak Malaysia

Sekiranya benar mau bolasepak msia diperbaiki saya cadangkan perkara berikut di lakukan segera;

1.hapuskan kaedah jawatan tertentu diberi secara otomatik kpd penjawat politik spt MB dan kembali kpd sistem pemilihan terbuka selari dgn amalan FIFA/AFC

2.JAWATAN YG BOLEH DIPERTANDINGKAN tidak harus dipegang oleh sultan yg memerintah/gabenur/Tengku Mahkota yg boleh membantut keterbukaan bersuara ahli

Jadual penuh Kelantan kumpulan B Piala Malaysia 2012

Jadual penuh perlawanan melibatkan Kelantan dalam Piala Malaysia 2012:

Credit : Super Warriors pages


2 Ogo 2012

Keputusan undian Piala Malaysia 2012

Kelantan berada dalam kumpulan maut bersama Terengganu,Kedah dan ATM

Kumpulan A : 

Lions XII
PKNS FC
Johor FC
Johor

Kumpulan B : 

Kelantan
Terengganu
Kedah
ATM

Kumpulan C : 

Perak
Negeri Sembilan
Felda United
Sime Darby

Kumpulan D :

Selangor
T.Team
Sarawak
Pahang

Format perlawanan adalah dua pasukan teratas akan layak ke suku akhir.Pemenang kumpulan A akan bertemu Kumpulan D,manakala pemenang kumpulan B akan bertemu pemenang kumpulan C.

Kesimpulannya,andai Kelantan berjaya melangkah masuk ke suku akhir lawan bakal yang dihadapi adalah samaada Perak,Negeri Sembilan,Felda United dan Sime Darby.Laluan Kelantan agak sukar namun komitmen penuh pemain-pemain dituntut agar Kelantan dapat melangkah ke Final Piala Malaysia tahun ini.

Mampukah tiga pemain pinjaman Kelantan menyinar?

Saingan Piala Malaysia 2012 dijangka akan bermula pada 22 ogos ini iaitu pada hari raya keempat.Kehangatannyan makin terasa apabila undian bagi menentukan kedudukan kumpulan bakal dilangsungkan hari ini.

Persoalanya mampukah tiga pemain pinjaman Kelantan iaitu  Aslam Haja Najumudeen(KL),Afiq Azmi(KL) dan Mafry Balang(Sabah) menyinar dalam kempen Piala Malaysia nanti.Adakah mereka mampu menyaingi kehebatan pemain sedia ada?Itulah persoalan yang timbul dikalangan penyokong-penyokong Kelantan yang rata-rata kurang mengenali latar belakang pemain ini.Ataukah mereka hanya akan sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja.

Info Undian Piala Malaysia 2012

Sebanyak 16 pasukan akan bersaing dalam aksi Piala Malaysia 2012 dimana empat pasukan Liga Perdana bakal memberikan tentangan kepada pasukan Liga Super.

Undian akan diadakan pada hari ini di Dewan Felda,Jalan Semerak bermula jam 5.45 petang.Astro Arena 801 akan membawakan siarang langsung.

Undian akan dijalankan mengikut kedudukan Liga dan pasukan-pasukan akan diasingkan ke dalam Balang.

Balang A: Kelantan, Lions XII, Selangor, Perak

Balang B: Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS FC, T-TEAM FC

Balang C: Johor FC, Felda United FC, Sarawak, Kedah

Balang D: ATM , Pahang, Sime Darby, Johor

Setiap pasukan bertanding dibenarkan untuk menyenaraikan tiga pemain pinjaman yang mensyaratkan pasukan yang diwakili mereka tidak layak untuk bersaing dalam Piala Malaysia.

**Doakan Kelantan mendapat laluan mudah dan tidak berada dalam kumpulan maut.