31 Mac 2012

Himpunan Mearah 404





PAKAIAN: MERAH atau JERSI MALAYSIA

Kami menjemput semua pencinta bola sepak Malaysia untuk hadir memberi sokongan moral kepada Tan Sri Annuar Musa. Mari kita bersatu hati demi memartabatkan kembali mutu bola sepak negara kita.

HIDUP BOLA SEPAK MALAYSIA, KETEPIKAN KEANGKUHAN FAM!

Lokasi Wisma FAM.

Info : Himpunan Merah 404 Facebook

Info Liga Super 2012 : Kelantan vs Felda United

Keputusan Penuh : 

Kelantan 5 - 1 Felda United

Kelantan 2 - 1 Felda United,dua gol jaringan import kontroversi Kelantan Nwoha pada minit ke 3 perlawanan dan minit ke 46 manakala gol Felda United dijaringkan oleh Azrul pada minit ke 11.

Nwoha dikeluarkan pada minit ke 61 dan digantikan dengan S.Chanturu.Norfarhan menjaringkan gol pada minit ke 65.Indra menjaringkan gol ke 4 Kelantan pada minit ke 66 hasil lorongan pemain gantian S.Chanturu.

Kelantan mengeluarkan Nurul Azwan Roya pada mnit ke 68 dan memasukkan Zamri Ramli.Badri Radzi menjaringkan gol kelima KElantan pada minit ke80.Kelantan mengeluarkan Norfarhan pada minit ke 83 dan memasukkan pemain muda yang berpotensi besar Shahiran.

Kesebelasan Utama :

Shahrizan,Rizal Fahmi,Obina,Zairul Fitri,Daudsu,Shakir,Badri Radzi,Nurul Azwan Roya(Zamri),Indra Putra, Norfarhan(Shahiran) dan Nwoha(S.Chanturu).

28 Mac 2012

Azzuddin lepas, Annuar sangkut

SERIUS...Taufek mempengerusikan mesyuarat semalam.
SERIUS...Taufek mempengerusikan mesyuarat semalam. 
 
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad terselamat daripada sebarang dakwaan apabila Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau berhak membuat kenyataan berpandukan kepada peruntukan yang termaktub dalam peraturan badan induk bola sepak tanah air itu.
Namun nasib berbeza buat Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa apabila dua pertuduhan ke atasnya kerana kesalahan mengeluarkan kritikan secara terbuka akan dibicarakan pada 4 April ini selepas jawatankuasa itu yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak menerima permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.

Misi balas dendam bermula

Kelantan sudah boleh memasang angan-angan untuk ke Final Piala FA 2012 apabila berjaya melangkah ke separuh akhir dengan menewaskan KL SPA agregat 5-0.

Kedah menjadi halangan terakhir untuk Kelantan membalas dendam kepada Terengganu ekoran kekalahan pada final piala FA tahun lalu.

Kelantan dijangka bertemu Kedah pada 21 April ini dihalaman sendiri dan akan berkunjung ke Alor Star pada 1 Mei ini.Perlawanan tersebut dijangka sengit kerana Kedah sudah pasti akan sedaya upaya memastikan Kelantan kebulur untuk merangkul satu-satunya Piala yang tidak dimenangi lagi.

Andai Kelantan berjaya menyingkirkan Kedah,peluang untuk membalas dendam terhadap Terengganu akan menjadi kenyataan kerana Terengganu dilihat pilihan utama melangkah ke Akhir kerana lawan mereka Sime Darby bukanlah lawan sebenar Terengganu.

Sama-sama kita nantikan perlawanan-perlawanan menarik ini,mampukan Kelantan mengakhiri kemarau kejuaraan Piala FA.Tunggu kami Bukit Jalil!!!

Piala FA : Kelantan gah ke separuh akhir

Pemain-pemain Kelantan mengotakan janji apabila berjaya  membawa Kelantan melangkah ke separuh akhir Piala FA sekali lagi.Kelantan bakal bertemu Kedah pada perlawanan separuh akhir nanti.
Aksi Nwoha setelah menjaringkan gol untuk Kelantan : Credit Dunia Warriors

Pasukan Kuala Lumpur Suruhanjaya Perkhidmatan Awam amat kerdil untuk bertemu Kelantan apabila mudah dijinakkan dengan kemenangan agregat 5-0.Tiga gol ditempat lawan serta dua gol pada malam ini dihadapan lebih 18000 penyokong The Red Warriors yang hadir.

25 Mac 2012

Piala FA: Penyu selesa satu gol, Kelantan menang 3-0

REMBATAN Joseph Kalang Tie luar kotak penalti pada minit ke-66 memberi sedikit bekalan yang selesa menjelang perlawanan pusingan kedua kepada juara musim lalu, Terengganu apabila menewaskan Lions XII 1- 0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi.

22 Mac 2012

Kelantan tersungkur

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
 
KELANTAN masih gagal meraih kemenangan pertama dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila tewas kepada juara Liga Kebangsaan Myanmar, Ayeyawady United, semalam.
Selepas sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang wakil Vietnam, Navibank Saingon dalam penampilan pertama di pentas Asia, skuad kendalian jurulatih Bojan Hodak itu terus buntu untuk meraih tiga mata penuh apabila kecundang 1-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Latihan Remaja, Yangon.

17 Mac 2012

Liga Super 2012 : Perak vs Kelantan

Live Update : 
Keputusan Penuh :

 Perak 0 - 2 Kelantan

Jaringan Daudsu hasil sepakan percuma minit ke 10,gol kedua Kelantan dijaringkan oleh Zairul Fitri pada minit ke 28 setelah Nwoha dijatuhkan.Kelantan melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan Nwoha dan mengantikan dengan Ramzul pada minit 67.

Shahrizan dilayangkan kad kuning kerana cuba melengahkan perlawanan.Nurul dimasukan setelah Ramzul mengalami kecederaan pada minit ke 76 perlawanan.Zairul Fitri pula dilayangkan kad kunig.Perak melakukan serangan bertali arus untuk lima belas minit terakhir perlawanan.

Kelantan membuat pertukaran terakhir pada minit ke 83 dengan mengeluarkan S.Chanturu dan memasukkan Rizal Fahmi.Import Perak,Kubala melepasi tiga pemain Kelantan namn Kelantan yang dilihat sudah berkampung dikawasan sendiri berjaya mengagalkan gerakan beliau.Perak memperolehi sepakan percuma yang diambil oleh Kubala pada minit ke 89 namun mengenai tiang gol sebelah kiri Shahrizan.

Kelantan bermain dalam masa kecederaan dengan tiga minit masa tambahan diberikan oleh pengadil perlawanan.Kelantan berjaya mengalahkan Perak dengan dua gol jaringan pemain pertahanan iaitu Daudsu dan Zairul Fitri pada separuh masa pertama.

Kesebelasan Utama Kelantan : 

Shahrizan, Farisham, Zairul Fitri, Daudsu, Obinna, Badri,Shakir, Nwoha(Ramzul)(Nurul), Indra Putra, Nor Farhan dan S.Chanturu(Rizal Fahmi).

Rizal Hashim adakah ada dendam dengan Annuar Musa?

Jika kita lihat entri terbaru Blogger 'tersohor' Rizal Hashim yang membuat ulasan panjang tentang Tan Sri Annuar Musa seolah-olah beliau menyimpan perasaaan dendam dengan Annuar.Rizal seolah-olah ingin membuka cerita lama yang melibatkan Annuar yang mungkin menjadi mimpi ngeri buat Annuar sebelum ini.

Penyokong-penyokong boleh membaca sendiri entri Rizal yang bertajuk 'Siapa Annuar Musa?'. Kita boleh melihat bagaimana Rizal mengupas isu-isu tentang Annuar seolah-olah ingin membuka kembali aib Presiden KAFA itu yang gagal diperbudakkan dalam rancangan 'dengan izin' suatu ketika dulu.

Keputusan dan Jadual liga super 2012 : P10

Felda United FC   0-0    PKNS FC
Sarawak     0-1     Singapore Lions XII(Live Astro Arena 801)  
Selangor     3-0     Kuala Lumpur     
N.Sembilan   2-1   Kedah    
Perak     0-2     Kelantan(Live RTM1)    
Terengganu     6-3      Sabah     
Johor FC  1-3   T-Team FC

*Semua perlawanan pada pukul 8.45 mlm kecuali Sarawak menentang LIONS XII yang bermula jam 8.15 mlm manakala Felda utd dan PKNS FC dilangsungkan pada 16 mac.

14 Mac 2012

Siaran Langsung Liga Super 2012 : Perak vs Kelantan

Pihak RTM akan menyiarkan siaran langsung perlawanan liga super 2012 diantara Perak dan Kelantan.Penyokong-penyokong TRW yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium Ipoh boleh menyaksikan perlawanan tersebut melalui RTM1.

Kelantan vs Perak
Sabtu,17 Mac 2012
Stadium Ipoh,Perak
live : RTM1

12 Mac 2012

Fakta-fakta manarik dan tak menarik tentang perlawanan Piala FA Kelantan vs Kuala Lumpur

  1. Stadium Sultan Muhammad ke-IV dilimpahi ribuan penyokong-penyokong Kelantan.(Sebab tiada siaran langsung?).
  2. Ramai penyokong-penyokong TRW terdiri daripada kaum hawa.(peminat Apek and The Gang).
  3. Ulat tiket kembali bermahajarela(Penyokong mendakwa penjaga pintu masuk tidak mengoyak tiket yang dikutip sebaliknya menjualnya semula,ini menyebabkan Stadium penuh dan penyokong terpaksa berasak-asak didalam Stadium).Tiket terbuka dijual dengan harga RM25.
  4. Ketiadaan Norshahrul amat dirasakan kerana penganti beliau,Ramzul dan Nwoha gagal memberikan persembahan terbaik.
  5. Pemain-pemain Kelantan masih melakukan kesilapan sama dengan memberikan gol mudah kepada lawan disaat-saat akhir perlawanan seperti yang berlaku semasa perlawanan dengan Terengganu tempohari.
  6. Semua gol-gol Kelantan berpunca dari gerakan ketua pasukan Badri@Piya.

11 Mac 2012

Stadium Sultan Muhammad dilimpahi penyokong TRW

Perlawanan pusingan kedua Piala FA semalam mencatatkan sejarah untuk musim ini apabila dilimpahi ribuan penyokong-penyokong The Red Warriors.

Lautan Merah



Penyokong terpaksa berasak-asak

*Gambar dari handset ajer kurang comel...

10 Mac 2012

Info dan Keputusan Piala FA 2012 pusingan kedua

T.Team 3 - 2 Pahang
*Siaran Langsung Astro Arena 801
Terengganu 1-0 Perak
*Siaran Langsung Astro Arena 801
Johor FC 2-2 Selangor (Johor fc mara agregat 5-4)
*Siaran Langsung RTM1
Kelantan 3-2 K.Lumpur
USM FC 0-2 Sime DArby
Preach Khan Reach 0-1 SPA FC
Kedah 3-2 Perlis
LIONS XII 2-0 Betaria FC

**Semua perlawanan berlangsung pada10 Mac Kecuali T.Team vs Pahang yang dilangsungkan pada 9 mac.

7 Mac 2012

Piala AFC 2012 ; kelantan sekadar seri

Kelantan sekadar seri 0-0 dalam perlawanan menentang Navibank Saigon.Keputusan ini bakal menyaksikan persaingan sengit diantara keempat-empat pasukan yang bertanding dalam kumpulan H apabila semua pasukan berkongsi satu mata.

Kelantan akan menentang Ayeyawady United dari Myanmar pada 21 March ini ditempat lawan.Diharapkan Kelantan bakal bangkit dalam perlawanan tersebut.

Piala AFC 2012 : Terengganu langkah kanan

Terengganu memulakan kempen Piala AFC dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan kelab Song Lam Nghe An dari vietnam 1-0.Gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Manaf Mamat.

Kemenangan Terengganu sepatutnya menjadi perangsang kepada pemain-pemain Kelantan bagi menghadapi saingan dari kelab Navibank Saigon malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ayuh kita gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini,beri sokongan pada pasukan kesayangan kita!!!