28 Mac 2012

Piala FA : Kelantan gah ke separuh akhir

Pemain-pemain Kelantan mengotakan janji apabila berjaya  membawa Kelantan melangkah ke separuh akhir Piala FA sekali lagi.Kelantan bakal bertemu Kedah pada perlawanan separuh akhir nanti.
Aksi Nwoha setelah menjaringkan gol untuk Kelantan : Credit Dunia Warriors

Pasukan Kuala Lumpur Suruhanjaya Perkhidmatan Awam amat kerdil untuk bertemu Kelantan apabila mudah dijinakkan dengan kemenangan agregat 5-0.Tiga gol ditempat lawan serta dua gol pada malam ini dihadapan lebih 18000 penyokong The Red Warriors yang hadir.


Perlawanan malam ini Kelantan tidak menurunkan perancang utama iaitu Badri Radzi dan Shakir yang direhatkan.Kelantan berjaya menjaringkan gol pertama melalui Norfarhan setelah rembatan deras Nwoha terkena tiang gol KL SPA yang jatuh betul-betul dihadapan yang tenang merembat kencang kegawang KL SPA.

Separuh masa pertama Kelantan menguasai hampir 75 peratus perlawanan yang menyaksikan serangan beyertali arus namun gagal menambahkan jaringan.KL SPA sesekali menyerang dan mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun ketangkasan Shahrizan menolak bola keluar.

Separuh masa kedua Kelantan memperlahankan rentak permainan namun KL SPA masih gagal mencari gol.Malam ini ternyata menjadi malam indah buat import bermasalah Kelantan,Nwoha apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke 71 perlawanan.

Gol berpunca dari hantaran silang yang dilakukan oleh Norfarhan yang membolehkan Nwoha melepaskan rembatan kaki kiri menerjah ke kanan gawang KL SPA.

Kegembiraan beliau cukup jelas apabila membuka bajunya dan meluru kearah penyokong-penyokong,tindakan beliau memyaksikan pengadil melayangkan kad kuning untuk dirinya.

Sebelum itu Nwoha gagal menjaringkan gol apabila sepakan penalti yang diambilnya terkena tiang gol pasukan lawan.

Tahniah untuk semua pemain...Anda telah menunaikan impian penyokong-penyokong TRW...Tunggu kami Wan Jawak!!!

Kesebelasan Utama Kelantan : 

Shahrizan Ismail(GK),Farisham(Daudsu),S.Subramaniam,Shahrul Azim,Zairul Fitri(Zamri),Indra Putra,Rizal Fahmi,Nurul Azwan Roya(Shahiran),S.Chanturu,Norfarhan,Nwoha,

Tiada ulasan: