12 Mac 2012

Fakta-fakta manarik dan tak menarik tentang perlawanan Piala FA Kelantan vs Kuala Lumpur

  1. Stadium Sultan Muhammad ke-IV dilimpahi ribuan penyokong-penyokong Kelantan.(Sebab tiada siaran langsung?).
  2. Ramai penyokong-penyokong TRW terdiri daripada kaum hawa.(peminat Apek and The Gang).
  3. Ulat tiket kembali bermahajarela(Penyokong mendakwa penjaga pintu masuk tidak mengoyak tiket yang dikutip sebaliknya menjualnya semula,ini menyebabkan Stadium penuh dan penyokong terpaksa berasak-asak didalam Stadium).Tiket terbuka dijual dengan harga RM25.
  4. Ketiadaan Norshahrul amat dirasakan kerana penganti beliau,Ramzul dan Nwoha gagal memberikan persembahan terbaik.
  5. Pemain-pemain Kelantan masih melakukan kesilapan sama dengan memberikan gol mudah kepada lawan disaat-saat akhir perlawanan seperti yang berlaku semasa perlawanan dengan Terengganu tempohari.
  6. Semua gol-gol Kelantan berpunca dari gerakan ketua pasukan Badri@Piya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bkn sb xdok live tp sbnrnyo sb cuti sekoloh...ramai ore klate dr luai blik kampung...begitulah meriohnyo bolasepak kelate...satu lg sb xdok panggung waye...di ssmvi ni lah venue panggung mereka...