17 Mac 2012

Rizal Hashim adakah ada dendam dengan Annuar Musa?

Jika kita lihat entri terbaru Blogger 'tersohor' Rizal Hashim yang membuat ulasan panjang tentang Tan Sri Annuar Musa seolah-olah beliau menyimpan perasaaan dendam dengan Annuar.Rizal seolah-olah ingin membuka cerita lama yang melibatkan Annuar yang mungkin menjadi mimpi ngeri buat Annuar sebelum ini.

Penyokong-penyokong boleh membaca sendiri entri Rizal yang bertajuk 'Siapa Annuar Musa?'. Kita boleh melihat bagaimana Rizal mengupas isu-isu tentang Annuar seolah-olah ingin membuka kembali aib Presiden KAFA itu yang gagal diperbudakkan dalam rancangan 'dengan izin' suatu ketika dulu.
Ini mungkin dari kenyataan Annuar yang membidas ketua jurulatih bolasepak Malaysia,K.Rajagopal yang mencetuskan polemik baru kepada boasepak Malaysia.Kenyataan tersebut bukannya datang dari orang biasa tetapi Annuar musa yang memegang jawatan penting dalam FAM.

Secara realistiknya kenyataan Annuar dilihat ada benarnya kerana masa untuk 'eksperimen' sudah tamat dan Rajagopal perlu melakukan sesuatu bagi memantapkan pemain.Apa yang dilakukan sekarang tidak memadai kerana Rajagopal dilihat sekarang hanya mengadakan perlawanan dengan pasukan negeri,terbaru mereka bakal menentang Sarawak yang menyaksikan skuad kebangsaan tidak akan diwakili oleh pemain-pemain Kelantan.

Selepas ini kita harapkan dengan kenyataan TSAM dapat membuka mata sesetengah pihak yang masih taksub dengan kejayaan merangkul Piala AFF Suzuki kerana Piala tersebut bakal terlepas andai skuad negara masih berada ditaku lama sehinggakan pasukan-pasukan besar tidak mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia.

Bagi Rizal Hashim,tulisan beliau dalam entri Siapa Annuar Musa bakal mencetuskan polemik baru diantara beliau dan Tan Sri Annuar Musa.Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tatkala seorg jurulatih mengkritik ttg pemilihan pemain import yg dpilih o pengurusan pasukannya, beliau tlh drehatkn & dtamatkn kontrak...
Ttp apabila beliau mengkritik fam & fam ingin mengambil timdakn terhadapnya beliau melenting..sedangkn beliau mpunyai ruang yg luas utk menyatakn pendapat secara dalaman krn beliau sendiri merupakn salah seorg pemimpin fam...adakah utk menunjukkn ke'hero'an....?
Apatah lg bila ada org biasa2 menyatakn sesuatu pendapat @ kebenaran....terimalh dengan seadanya.....

Tanpa Nama berkata...

INILAH BUDAYA MSIA YG DISANGKA SGT MULIA JIKAKALAU MENGIKUT ATURAN UTK MENEGUR DAN MERUBAH SESUATU X BLEH KELUAR DR LINGKUNGAN SDGKAN IA PERLU BRUBAH REALITI SEMASA

Tanpa Nama berkata...

sejarah telah buktikan yg cerdik akan mati dgn niatnya yg tulus kisah HANG NADIM telah buktikan TSAM akan trpalit dgn sejarah ini

Dunia Baru berkata...

tak leh pakai mana nate rizal nih..budak tak pok mana.....koya biso