2 Mei 2012

Adakah harga tiket Final Piala FA akan naik?

Banyak persolan dari penyokong-penyokong bolasepak Kelantan tentang harga tiket untuk perlawanan akhir Piala FA yang bakal menemukan pasukan liga perdana FAM iaitu Sime Darby dan pasukan dari liga super FAM Kelantan.

Untuk rekod pada 29 disember tahun lepas FAM mengumumkan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala FA 2012 adalah RM 40.Kedengaran pula desas-desus FAM akan menaikkan harga tiket perlawanan akhir nanti.

Andai ini berlaku FAM dilihat tidak profesional dalam menjalankan tugas selaku badan yang menguruskan bolasepak Malaysia.

Adakah disebabkan Kelantan berjaya masuk ke perlawanan akhir harga tiket perlu dinaikkan?RM 40 yang diumumkan sebelum ini juga dilihat agak membebankan kerana penyokong Kelantan terpakasa menghabiskan wang yang banyak untuk sampai ke Kuala Lumpur.

Insiden tahun lepas mungkin menjadi pengajaran berguna buat FAM apabila isu tiket perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Terengganu dan NEgeri Sembilan menjadi bualan hangat.Mujurlah kerajaan negeri masing-masing dapat memberikan 'subsidi' kepada penyokong-penyokong mereka.

Diharapkan FAM dapat menyelesaikan isu tiket ini dengan sebaiknya andai ingin melihat FAM masih lagi relevan untuk bolasepak Malaysia.

 


Tiada ulasan: