3 Mei 2012

Pengumuman FAM tentang harga tiket Piala FA 2012

Dibawah adalah pengumuman harga tiket untuk Piala FA 2012 yang telah dibuat oleh FAM yang disiarkan media hujung tahun lepas : -

FAM telah mengumumkan harga tiket, venue dan masa perlawanan, status pemain import dan lain-lain lagi pada sidang media di Wisma FAM pada 29 disember lalu.

FAM terutama sekali telah memberitahu bahawa semua rayuan bagi pemain-pemain import yang mempunyai masalah teknikal tidak dilayan dan ditolak.

Seperti yang telah dimumkan sebelum ini, terdapat sembilan pemain import yang tidak layak untuk beraksi dalam liga Malaysia pada musim depan kerana gagal menepati syarat asas.

Geran dan insentif sebanyak RM5.1 juta telah dikreditkan kepada semua pasukan dan kelab oleh FAM.

FAM turut mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia 2012 yang berharga RM40. Manakala tiket perlawanan persahabatn yang melibatkan pasukan kebangsaan senior dan bawah-23 pula berharga RM 20, kejohanan berkumpulan RM 30, separuh akhir RM 40 dan tiket perlawanan akhir berharga RM 50.

Bagi venue dan masa perlawanan pula, hampir di semua venue perlawanan akan berlangsung pada waktu malam kecuali Stadium MP Selayang, Stadium Bandaraya P.Pinang, Stadium Batu Kawan (Pulau Pinang), Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Terengganu), Stadium Hang Tuah (Melaka), Hang Jebat (Melaka) dan Stadium Likas (Kota Kinabula) yang dimana perlawanan di stadium-stadium ini akan berlangsung pada waktu petang.

Menyentuh tentang pasukan Harimau Muda B pula, FAM memberitahu bahawa pasukan itu telah mendapat jemputan perlawanan dari Singapura dan Brunei. Mereka juga tidak akan bersaing dalam Piala FA. Sebaliknya akan diganti dengan pasukan dari Kemboja yang akan bertemu Pulau Pinang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

SUKMA 2012 bagi sukan bola sepak pula akan berlangsung pada 1 Mei sehingga 14 Mei 2012. Piala Presiden dimulakan pada 26 Januari 2012 manakala Liga FAM akan berlangsung pada 29 Januari 2012.

Dalam pada itu FAM turut mengumumkan bahawa pasukan Harimau Muda A, FAM dan jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee akan membuat lawatan ke Stadium di Singapura antara 5 hingga 9 Januari.

Stadium Yishun Singapura dikatakan akan menjadi 'rumah' kepada pasukan Harimau Muda A semasa bersaing dalam Liga Singapura pada musim hadapan.

Dalam lawatan itu juga FAM akan menilai layanan Football Association of Singapore (FAS) terhadap pasukan Harimau Muda A.

ESPNstar.my

*Jadi sekarang tak timbul masalah harga tiket kerana FAM telah  membuat keputusan awal tentang harga tiket dan keputusan ini tidak wajar diubah.FAM perlu berlaku adil kepada mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia.'Keperofesionalan' FAM dituntut agar dapat membuat keputusan terbaik demi bolasepak Malaysia dan jangan bersikap pilih kasih.

Tiada ulasan: