Kelab penyokong bolasepak Kelantan malam tadi melancarkan kutipan derma untuk membayar kos kos perbelanjaan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini yang berjumlah RM 2124.00.
Dalam kempen itu ternyata sokongan penyokong-penyokong TRW dalam isu melibatkan Annuar mendapat sambutan hangat apabila kutipan berjaya diperolehi sebanyak RM 2734.00(menurut portal rasmi KAFA).Wan selebihnya akan didermakan kepada madrasah disebelah stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Jumlah kutipan diumumkan selepas perlawanan yang mengambil masa 20 minit untuk membilang syiling-syiling yang didermakan oleh lebih 20 000 penyokong-penyokong yang hadir ke Stadium semalam.
Syiling-syiling ini akan diserahkan oleh wakil Kelab Penyokong sebelum 18 April ini kepada FAM yang kemaruk untuk mendapatkan bayaran untuk mesyuarat yang diadakan oleh pihak mereka sendiri.
Simboliknya apabila seseorang menerima duit syiling ianya pasti akan dikaitkan dengan pengemis.Jadi siapa pengemis nilailah sendiri...Oleh sebab itulah Kelab penyokong membuat kutipan ini sebagai sindiran kepada FAM yang seolah-olah kemaruk untuk mendapatkan duit dari Annuar.
Selepas menerima duit tersebut harapnya FAM dapat melakukan pengiraan samaada nilainya betul atau tidak...
2 ulasan:
Hampir 20 ribu peminat bolasepak membanjiri SSMIV mlm tadi untuk menyaksi pertandingan Kelantan dengan TTeam, walau pun ada pehak2 yang cuba mengagalkan keneriahan bolasepak di Kelantan. RTM telah terang2 berbohog dan menipu kita rakyat Kelantan, soal ada siarang langsung atau tidak itu tidak penting bagi kita,kerana ini memang kerja2 parasit, tapi yang kami dukacita ialah RTM satu2 nya media yang dikuasa oleh kerajaan sanggup berbohong dan menjadi alat kepada pehak tertentu, perlawanan Kelantan dengan T Team telah di promo dan di iklan sehingga ke saat2 akhir,tetapi perlawanan sebenarnya tidak seperti yang di promo kan...Wahai RTM apakah kamu ingat tindakan kamu mempermain2kan rakyat Kelantan itu merupakan satu tindakan yang bijak ????... ianya tidak menjadi kudis pada kami jika dilakukan oleh stesen TV swasta yang lain tapi kalau RTM yang membuat kerja sebegini maka ianya amat mendukacitakan kami, kepada YB menteri yang menjaga RTM ini awasi lah.....
dulu astro arena kini rtm pulak .kenapa la sanggup buat begitu sekali .semata2 kerana selangor main.kita tengok siapa yang jatuh dulu, kelate, fam atau selangor
Catat Ulasan