PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal memiliki stadium sendiri di tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-V di Bandar Baru Tunjong.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, stadium bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.
“Sultan Muhammad Ke-V berkenan membenarkan tanah seluas kira-kira 40 hektar di kawasan Tunjong dibangunkan, termasuk membina sebuah stadium yang canggih seluas lapan hektar di mana reka bentuknya berdasarkan Stadium Cardiff City.
“Baginda juga bersetuju melantik Syarikat Casamesra Sdn Bhd untuk membina stadium berkenaan berdasarkan reka bentuk diberikan oleh Kafa, selain itu, Kafa juga akan menguruskan mengenai pengurusan stadium berkenaan,” katanya stadium baru itu mampu menampung kira-kira 30,000 penonton pada satu-satu masa.
“Kita memerlukan stadium baru kerana stadium Sultan Muhammad Ke-IV sekarang uzur dan tidak dapat menampung jumlah penonton yang semakin meningkat,” katanya.
Sinar Harian
4 ulasan:
Cadangan Stadium di bukit merbau untuk 70,000 org...lagi molek.
Hambo dah dap at tenfold design stadium tu...memang molek, unik sungguh. Orang kelantan boleh le megah
ha ha ha dari dulu hingga la ni pembangunan di k'tan tertumpu sekitar KB saja, berbeza dinegeri lain yg mengagih-agihkan pembangunan ke setiap dearah dan jajahan supaya seimbang ekonominya, nasib baik Jeli ada Tok Pa sebagai menteri nampak la juga ada projek pembangunan yg dibawa ke daerah tersebut.
Kemah negeri kito loni
Catat Ulasan