Oleh Mohd Amin Jalil 2012/01/02 (BHarian)
Skuad Azraai tekad rebut Piala SumbangsihREPUTASI Kelantan yang diperkuatkan dengan tiga pemain import selain barisan pemain tempatan berwibawa, tidak meletakkan Negeri Sembilan dalam situasi bimbang menjelang aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012, merebut Piala Sumbangsih, di Kota Bharu, 7 Januari ini.
Sekalipun amat menghormati barisan The Red Warriors itu yang kini dibimbing, Peter James Butler, namun Negeri Sembilan sudah sedia untuk berdepan cabaran itu dan bertekad memberikan persembahan terbaik dalam misi melakar kemenangan walaupun beraksi di gelanggang lawan.
Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah mengakui Kelantan memiliki reputasi besar terutama dari segi persiapan mereka menghadapi musim baru ini, dengan membariskan tiga pemain import, berbanding Negeri Sembilan yang menyandarkan harapan kepada sebahagiannya pemain muda.
Namun katanya, skuad bimbingannya sudah sedia untuk memulakan cabaran dan bakal mempertaruhkan penyerang utama, gandingan Mohd Firdaus Azizul dengan pemain import dari Cameroon, Jean Emmanauel Effa Owona.
"Saya akui Kelantan tampak lebih berwibawa dengan persiapan mereka dalam membentuk pasukan dan kita amat menghormati mereka apatah lagi kita akan beraksi di gelanggang lawan pada saingan merebut Piala Sumbangsih nanti.
"Walaupun kekuatan Negeri Sembilan kali ini disandarkan sebahagiannya kepada pemain muda, namun kita masih ada beberapa pemain berpengalaman seperti Mohd Shukor Adan, Idris Karim, Norhafiz Zamani Misbah, Shahurain Abu Samah, S Kunanlan dan Mohd Farizal Marlias. Mereka adalah antara tonggak utama selain Effa Owona," katanya semalam.
Pengendali yang bertanggungjawab membawa Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim lalu itu, menyifatkan anak buahnya akan turun sebagai pasukan ‘underdog' tetapi sudah mengingatkan setiap pemain supaya berhati-hati untuk memastikan setiap perancangan membuahkan hasil.
"Dengan persiapan yang sudah dibuat setakat ini, semua pemain sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab dan saya yakin mereka bakal memulakan saingan itu nanti dengan persembahan cemerlang," katanya. Negeri Sembilan akan melengkap siri perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda B, di Paroi, esok

Tiada ulasan:
Catat Ulasan