Desas-desus dari rakan-rakan yang menjadi ahli The Red Warriors menyuarakan rasa kurang senang dengan pihak KAFA kerana dikatakan telah 'memungkiri janji'.KAFA dikatakan akan memberikan diskaun untuk pembelian jersi baru TRW musim ini tetapi jersi diskaun itu hanyalah untuk membeli jersi jenama Warriors bukannya jersi UMBRO.
Mungkin disini berlaku salah faham antara KAFA dan penyokong kerana KAFA tidak menerangkan secara terperinci keistimewaan yang diperolehi setelah menjadi ahli KAFA.
Penyokong-penyokong yang telah menjadi ahli TRW dikatakan telah ke kedai wakil UMBRO yang sah namun pihak UMBRO menyatakan mereka tidak pernah memberikan diskaun untuk pembelian jersi TRW.
Ini menimbulkan kemarahan segelintir penyokong-penyokong TRW yang menjadi ahli TRW kerana kesilapan teknikal ini.Diharapkan pihak KAFA dapat menyelesaikan isu ini dengan segera agar dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak dan tiada pihak yang teraniaya.
Tanpa penyokong siapalah TRW...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan