Itulah 'kata-kata' penyokong-penyokong setia TRW setelah melihat pasukan kesayangan berjaya membenam skuad Kuala Lumpur 3-0.Gol-gol Kelantan kesemuanya dijaringkan pada separuh masa kedua oleh tiga pemain berbeza iaitu Norshahrul,Badri Radzi menerusi sepakan percuma dan pemain import Danny Antwi.
Pemain-pemain ternyata telah mempamerkan aksi mantap sepanjang perlawanan malam tadi yang menyaksikan Stadium Sultan Muhammad ke-IV kembali dipenuhi ribuan penyokong-penyokong.Aksi import Kelantan Mohamad Ghaddar sedikit mengecewakan kerana gagal memanfaatkan deretan peluang pada separuh masa pertama.Namun beliau telah mencuba sedaya upaya untuk memecahkan kebuntuan untuk mencari gol 'pertama'.
Menariknya Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa bingkas bangun setelah penyokong-penyokong tidak puashati dengan aksi yang dipamerkan oleh Ghaddar dan beliau menunjukkan kearah 'bakal' import Kelantan yang akan mengantikan tempat dua pemain import yang bakal digugurkan.
Kelantan menjaringkan gol pertama melalui penyerang profilik Norsahrul yang berjaya menanduk masuk hantaran Aziz pada minit ke 46.Kelantan mengandakan asakan dan kapten pasukan,Badri berjaya menambah jaringan melalui sepakan percuma yang menerjah ke kiri gawang Kuala Lumpur.
Kelantan melakukan pertukaran dengan memasukkan Danny Antwi dan mengeluarkan Ghaddar yang dilihat sudah keletihan.Kemasukan pemain tersebut ternyata membuahkan hasil apabila hantaran jauh dari pertahanan dapat disambut oleh beliau dan terus melakukan sepakan deras untuk gol ketiga Kelantan.
Terima kasih kepada pemain kerana telah bermain bermatian-matian malam ini.Kredit untuk kesemua pemain.
Kesebelasan utama :
Khairul Fahmi,Farisham,S.Subramaniam,Daudsu,Aziz,Norfarhan(Nurul),Indra Putra,Badri Radzi,Shakir,M.Ghaddar(Antwi),Norsharul(Ramzul)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan