10 Dis 2011

Perlawanan persahabatan Pra musim 2012 : Kelantan vs T.Team

Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Tarikh : 10 Dis 2011
Masa : 8.45 mlm

Harga Tiket : Astaka RM 20,Terbuka RM10

Perlawanan persahabatan ini dijangka akan menarik dengan kehadiran pemain-pemain import dari pasukan T.Team terutamanya bekas import Perlis,Zacharia Simikounda.T.Team juga difahamkan telah mengikat kontrak seorang pemain dari Bosnia iaitu Bojan Petrit.

Oleh itu kita mengharapkan pemain-pemain import kita mampu 'menyaingi' kehebatan import dari pasukan T.Team dan seterusnya meneruskan kecemerlangan dalam siri perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini.

Mari sama-sama kita beri sokongan kepada pasukan kebanggaan kita malam ini dengan memenuhi segenap ruang Stadium Sultan Muhammad ke-IV walau hujan sekalipun.

Tiada ulasan: