11 Dis 2011

Keputusan perlawanan persahabatan Pra musim 2012 : Kelantan vs T.Team

Kelantan 2 - 0 T.Team
(Ghaddar,Indra Putra)

Persembahan cemerlang yang ditunjukkan oleh 'skuad utama' pada separuh masa pertama ternyata menghiburkan lebih 20000 penonton yang hadir.Mungkin pasukan T.Team terkejut dengan kehadiran begitu ramai penyokong TRW malam ini sehinggakan menenggelamkan kehebatan import utama mereka iaitu Zacharia Simikounda.

Namun sikap pemain-pemain import terutamanya Ghaddar yamg terlalu lama memegang bola sedikit merisaukan penonton walaupun aksi beliau tidak menghampakan malam ini.

Setelah melihat aksi malam ini pasukan Kelantan dilihat boleh 'pergi jauh' seandai pemain terutamanya Ghaddar dan Antwi dapat mengubah sikap mereka yang dilihat gemar menunjukkan aksi syok sendiri dan kurang bermain sebagai satu pasukan.

Gandingan Norshahrul-Ghaddar-Antwi bakal mengegar liga Malaysia nanti sekiranya mereka bertiga mampu bermain secara berpasukan...sama-sama kita nantikan mampukah kombinasi tiga pemain ini memecahkan kubu kuat kelab Persebaya dari Indonesia pada 23 November ini.

Tiada ulasan: