18 Sep 2011

TRW bakal mengganas?

Malam ini perlawanan penting melibatkan pasukan Kelantan yang bakal melayan kunjungan pasukan dari borneo iaitu Sarawak.Pusingan pertama menyaksikan Kelantan menang 2-0 ditempat lawan tetapi aksi berbeza bakal ditampilkan oleh TRW malam ini.



Di khabarkan TRW bakal melakukan perubahan drastik malam ini dan bakal mempamerkan persembahan paling menyakinkan.Presiden KAFA,TSAM telah memberi 'tonik semangat' kepada pemain-pemain melalui sesi perjumpaan dengan pemain-pemain serta pengurusan KAFA yang lain kelmarin.

Penyokong-penyokong The Red Warriors sudah pasti inginkan kejutan berlaku malam ini dan TRW pasti tampil berbeza dengan aksi lebih bertenaga dan seterusnya menjamin tempat ke suku akhir.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan padu kepada TRW malam ini dan lihat apa yang bakal dilakukan oleh pemain-pemain setelah diberi 'tonik semangat' oleh TSAM kelmarin.Penuhkan Stadium keramat dengan laungan Gomo Kelate Gomo!!!

5 ulasan:

Dunia Pendidik Bersama Cikgu Khairul berkata...

Rasanya sudah tidak sabar utk menyaksikan perlawan kelantan VS Sarawak mlmni segala-galanya bergantung kpd kebijaksanaan percaturan strategi, bermain dlm 1 pasukan dan percaya pd diri sendiri dan jgn lupa berdoa....itulah tonik yg sangat berharga

Dunia Pendidik Bersama Cikgu Khairul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tepi Sungai Batu berkata...

Ambo sokong dari jauh.........harap dapat 3 mata. Alex bila lagi nak sumbat gol......malam ni adalah masanya ....gomo!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kelatefc.blogspot ni lambat sangat update? Sepatutnya bila habis je game malam tadi, dah ada result dan ulasan perlawanan...harap blog owner dapat usaha ke arah tersebut...T.kasih.

kuyan79 berkata...

semalam blk lambat tgk game...pah ngatuk sgt xdea nk ngadap pc...letih boh..kito akan usahakan...terima kasih sbb bg pandangan.