Setelah tersebar berita bahawa Kelantan mengambil semula Khalid Jamlus,Wan Rohaimi dan Danial Fadli sudah kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan keputusan drastik dari KAFA ini setelah kehilangan pemain-pemain yang dikatakan berbintang-bintang.
Malangnya pihak yang menuduh dan membuat andaian kebudak-budakan tidak menyelidiki fakta terlebih dahulu sebelum membuat andaian.
Cuba kita renung kembali ketika KAFA mula mengambil pemain yang sudah dikatakan sudah 'tamat tempoh' tetapi selepas digilap oleh KAFA mereka boleh menjadi bintang semula dengan penarafan yang diberikan oleh peminat-peminat setia Kelantan.
Tan Sri Annuar Musa begitu kecewa dengan sikap pemain-pemain yang tidak mengenang jasa dan hanya memikirkan wang ringgit semata-mata tanpa menghiraukan keluh kesah dari penyokong-penyokong setia yang selama ini menyanjung mereka.
Oleh itu kepada suara-suara sumbang yang cuma mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh KAFA perlu memandang kembali sejarah yang telah dicipta oleh KAFA serta kejayaan demi kejayaan yang telah digapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan