30 Nov 2010

Perpindahan Yang Berbaloi-baloi

"Awe memang terbaik, masa Awe bermain untuk Johor FC, Awe penjaring terbanyak Johor FC dan menaikkan nama Johor FC sehingga tersenarai antara 4 pasukan teratas TM Liga Super 2010 dan layak ke separuh akhir TM Piala Malaysia, Awe bermain cemerlang setiap perlawanan. 

Kami anak Johor berterima kasih dan bangga dengan jasa Awe mengembalikan kegemilangan bolasepak Johor yang sudah lama pudar". Inilah luahan peminat Johor FC Mohd Azmi Tumin,27 tahun, wartawan sukan bebas berasal dari Air Itam, Batu Pahat yang ditemuramah mengenai kejayaan Johor FC dan pencapaian Mohd Nurul Azwan Roya yang lebih dikenali dengan gelaran Awe bagi peminat Johor FC.

Bagi Mohd Azmi, perpindahan NuruL Azwan Roya ke Kelantan sesuatu yang amat berbaloi-baloi dan akan menambah peledak Kelantan di depan gawang. Kami peminat setia Johor FC akur dengan keputusan Awe berpindah ke tanah kelahirannya dan kembali pada pasukan yang dilihat paling berjaya dalam sejarah bolasepak Malaysia. 

Kelantan akan lebih menyerlah dengan gadingan mantap Norshahrul Idlan Talaha, Ramzul Zahini dan Awe jelas Azmi yang turut sependapat dengan peminat Kelantan yang lain, kejayaan Kelantan bukan bergantung pada pemain yang berhijrah sahaja malah seluruh pemain yang dilatih B. Sathianathan mampu melakukan tugas mereka dengan berkesan, sebagai contoh semasa ketiadaan Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam semasa final Piala Malaysia lalu, ramai menjangkakan pasukan Kelantan mudah dibolosi. 

Namun selepas 90 minit berlalu jangkaan mereka semua ternyata meleset barisan pertahanan yang dibarisi Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Daudsu Jamaludin, Zairul Fitree Ishak yang kesemuanya anak kelahiran Kelantan dan masih kekal bersama Kelantan telah berjaya mempertahankan kawasan gawang Kelantan dengan baik dan nama-nama mereka tersenarai dalam sejarah kegemilangan bolasepak Kelantan merangkul piala Malaysia.

Kenapa peminat Kelantan perlu gusar dan gelisah dengan perpindahan beberapa pemain yang boleh diganti dengan lebih ramai pemain berbakat dari Kelantan atau luar Kelantan, malah KAFA ada kemampuan, ada segalanya? tegas Mohd Azmi yang jelas mengikuti rapat perkembangan bolasepak Kelantan kerana bakal tunangnya juga wanita kelahiran Kelantan.

Oleh itu tidak hairanlah sekiranya terbaca di Facebook Tan Sri Annuar Musa menjelaskan "Saya akan beri keutamaan pada anak Kelantan yang bermain di luar untuk berbakti pada negeri sendiri.yang tidak tamak dan berdisiplin...Mat Aziz,Nurul Azwan Roya,Wan Rohaimin boleh saya gilap jadi pemain lebih baik." Adakah ini sentimen semangat kenegerian Kelantan? bagi pendapat Mohd Azmi, Tidak! kerana bagi pemerhatian Azmi pada pengurusan Tan Sri Annuar, Tan Sri Annuar Musa akan melakukan pelaburan yang bijak, berhemah, berbaloi dan menguntungkan. 

Beliau pandai menilai para pemain, lebih 90% pemain yang dipilih dan diturunkan bagi setiap perlawanan Kelantan dipilih sendiri oleh beliau dengan bantuan B. Sathianathan. Lihatlah semasa tarikh akhir pendaftaran pemain 2010 oleh FAM, Hairuddin Omar antara pemain yang terakhir dipilih oleh beliau setelah pasukan lain sepi dari membeli Hairuddin dan Hairuddin segera diterbangkan ke Bangkok bersama pemain The Red Warriors yang lain bagi sessi latihan dan perlawanan persahabatan di Bangkok. 

Berkenaan luahan kedua Tan Sri Annuar Musa "Pemain yang hari ini mula Ada Nama telah lupa bhwa dulu mereka nobody...Kafa ambll mereka waktu mereka kena drop,waktu mereka tak dibyr gaji,team mereka bubar,Ada yg terpaksa merantau,gaji murah,,,Kafa Dan Penyokong beri mereka gaji Dan bonus,beri latihan yg baik,beri pendedahan dlm Dan luar neg,beri publicity Dan beri teamwork yg terbaik....akhirnya mereka lupa Siapa yg jadikan mereka bintang" mungkin luahan kedua Tan Sri Annuar Musa tujukan pada pemain-pemain yang dipilih saat-saat akhir dan hampir luput zaman kegemilangan mereka.

Senarai pemain baru terkini Kelantan yang akan disahkan K Soley, Mohd Abdul Aziz, Mohd Nurul Azwan Roya, Khalid Jamlus, Danial Fadly (Perak ) dan Wan Rohaimi (Johor FC). Campuran pemain muda berbakat dan pemain senior berpengalaman.
 
Penelitian pada perlawanan Kelantan terkini, ternyata ramai yang kecewa dan meramalkan Kelantan akan dibelasah Selangor pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu selepas kehilangan Norshahrul yang dilayan kad merah pada saingan suku akhir pertama. Sekali lagi tanggapan mereka meleset kerana barisan yang ada menggantikan Norshahrul yang dipimpin Mohd Badhri Radzi, Akmal Rizal dan Norfarhan mampu menjaringkan 3 gol kemenangan Kelantan dengan memberikan Selangor bekalan telur untuk dibawa pulang ke Shah Alam.

Mungkin apabila membaca nama penjaring gol, peminat The Red Warriors akan mengatakan 2 pemain ini telah meninggalkan Kelantan. Yakinlah sekiranya peminat The Red Warriors pernah melihat permainan pemain baru Kelantan Mohd Nurul Azwan Roya, K Soley dan Mohd Abd Aziz, aksi dan gaya permainan mereka jauh lebih bertenaga dan mampu menggantikan posisi yang ditinggalkan 2 pemain tadi.

Mohd Aziz antara pemain yang membantu KL Plus menyamakan kedudukan 3 sama ketika perlawanan Kelantan bertemu KL Plus. Lihat video aksi Mohd Aziz yang melorong bola kepada Rusydee Shamsudin untuk gol kedua KL Plus. Tugasan ini biasanya diambil oleh Norfarhan bagi pasukan Kelantan.(link)

Perpindahan beberapa pemain sebenarnya tidak perlu dirisaukan peminat The Red Warriors kerana pemain-pemain ini sering meluahkan dan mengugut pengurusan KAFA untuk berpindah sejak awal musim TM Liga Super 2010 kerana dikritik presiden KAFA, jurulatih semasa persembahan buruk diawal musim dan peminat The Red Warriors juga telah merancakkan isu Kelantan untuk Kelantan, Kapten biarlah orang Kelantan dan sebagainya turut mengundang masalah dalaman para pemain. 

Dari rentetan ugutan ini, pengurusan KAFA dan Tan Sri Annuar Musa akan mampu mengurangkan perbelanjaan KAFA kepada pemain yang lebih setia dan bermain baik.

Hasrat Mohd Azmi yang berkongsi artikel ini adalah kerana Azmi turut kecewa bukan dengan isu perpindahan ini tetapi kecewa dengan sikap peminat The Red Warriors yang tidak yakin dengan kemampuan Tan Sri Annuar memilih pemain dan pasukan yang ada sekarang. Sehingga sanggup memaki hamun pemain yang ingin dan telah berpindah. 

Yakin barisan yang ada adalah barisan yang akan lebih digeruni lawan. Kurangnya pemain ternama tahun 2011 akan memudahkan Kelantan mengisi dengan pemain import luar negara untuk musim 2012 nanti. 

Barulah gaji puluhan ribu sebulan dianggap berbaloi-baloi dengan keupayaan sebenar pemain import. Tahniah Kelantan Juara Piala Malaysia 2010, Bakal juara Piala Sumbangsih yang sering tidak memihak pada tuan rumah. Gomo tetap gomo wahai peminat The Red Warriors sapo sajo barise pemain kelate.

TRW 

2 ulasan:

kanzunmahfiyyun berkata...

kami peminat2 TRW mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada tuan kerana menyiarkan berita ini.. sebenarnya kami juga ingin melihat dan memerhati sambil menyatakan rasa kasih dan setia serta sokongan yg berlipat kali ganda kepada TRW dan TSAM..

terima kasih buat Solihin(K Soley, Awe, Khalid, aziz, .. kamu bakal jd bintang.. bintang yg tok pernah kamu impikan.. buat player yg dah pindah, kamu tahniah dan takziah.. kamu pastinya pandai membezakan mana sudu dan mana sudip..

Tanpa Nama berkata...

terus kn perjuangan trw,lupakan isu2 yg remeh temeh krn semua itu akn mencacatkn persediaan pasukan,pemain yg memilih utk bersama pasukan lain biarlah dia pergi,itu adalah hak pemain masing2.kita perlu hormati keputusan pemain itu.jadilah peminat yg professional.tugas trw adalah memastikan permainan tahun2011 lebih baik dari tahun2010.