6 Okt 2010

Maruah dan Harapan

Malam ini satu peristiwa penting akan berlaku bagi penyokong-penyokong setia The Red Warriors.Pertembungan dengan PKNS FC malam ini dilihat bukanlah sekadar pertembungan biasa tetapi melibatkan maruah serta kredibiliti pasukan Kelantan yang sebelum ini diwar-warkan 'mudah' melepasi peringkat kumpulan telah tercalar.

Entah di mana silapnya Kelantan kini menghuni tangga ketiga kumpulan A dan bersaing rapat dengan PKNS yang berkelebihan satu mata bagi mengisi slot terakhir ke suku akhir mengiringi Negeri Sembilan yang bakal dinobatkan juara kumpulan seandainya mampu menewaskan KL Plus.

Pertembungan malam ini ibarat hidup mati kedua-dua pasukan lebih-lebih lagi Kelantan yang mesti menang jika berhasrat merealisasikan impian penyokong-penyokong menjejakkan kaki ke Stadium Bukit Jalil sekali lagi.

Andai kata Kelantan kalah atau seri malam ini impian tersebut pasti berkubur kerana jika Negeri Sembilan mengatasi KL Plus,perlawanan terakhir mereka dengan PKNS hanya digunakan sebagai 'pelengkap' perlawanan sahaja.

Oleh itu pemain-pemain  Kelantan perlu memberikan komitmen sepenuhnya pada perlawanan ini disamping dapat menyerap tekanan terutamanya dari penyokong-penyokong fanatik Kelantan yang dijangka memenuhi Stadium malam ini.

Jika pasukan Kelantan dapat menghadiahkan kemenangan berharga ini mereka sekurang-kurangnya berjaya memulangkan kembali 'maruah' yang telah tercalar ekoran prestasi buruk yang ditunjukkan sebelum ini serta dapat memberikan sinar harapan kepada penyokong-penyokong setia The Red Warriors.

Kesebelasan utama yang dituntut oleh Peminat-peminat :-

apek,mat ren,rizal,daudsu,ropi,syakir,piya,indra,chanturu,farhan,mat yo

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah abe sathia dan player2 trw

Nik