Kelantan 3(Indra 2 gol,Akmal Rizal) - 3 KL Plus
Harapan tinggi penyokong-penyokong setia Kelantan yang datang membanjiri Stadium Sultan Muhammad ke IV akhirnya berkecai akibat dua jaringan pantas yang dihasilkan oleh KL Plus diminit-minit akhir perlawanan.
Harapan tinggi penyokong-penyokong setia Kelantan yang datang membanjiri Stadium Sultan Muhammad ke IV akhirnya berkecai akibat dua jaringan pantas yang dihasilkan oleh KL Plus diminit-minit akhir perlawanan.
Kelantan yang sepatutnya memenangi perlawanan tersebut ternyata gagal memanfaatkan peluang keemasan walaupun suatu ketika mendahului lawan 3-1.
Watak penting kegagalan Kelantan menewaskan KL Plus tidak lain dan tidak bukan Syed Adney yang sudah banyak kali mengecewakan penyokong-penyokong setia musim ini gara-gara kesilapan beliau.Walaupun menjadi hero untuk Kelantan ketika bertemu PKNS tempohari beliau gagal mengulanginya ketika berhadapan KL Plus.
Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Syed Adney tetapi B.Sathianathan masih boleh mengekalkan beliau sebagai penjaga gol dan akhirnya seluruh peminat yang datang hampa dengan keputusan ini.
B.Sathinathan perlu memikul sepenuhnya kegagalan pasukan Kelantan menewaskan KL Plus ekoran kesilapan taktikal beliau yang tidak mengeluarkan Syed Adney yang dilihat gagal berkomunikasi dengan pemain-pemain pertahanan sehinggakan kerap memenatkan pertahanan dengan aksi lontaran bola ala-ala monyet sarkas.Jika inilah yang dipertontonkan usahkan Piala Malaysia layak kesuku akhirpun belum pasti lagi
Harapan terakhir kami penyokong-penyokong setia Kelantan agar Tan Sri Annuar Musa dapat melakukan perubahan segera dan jadikanlah pasukan Kelantan sehebat semasa bersaing dalam Liga Super.
Carilah dimana punca kemerosotan pasukan...adakah pada jurulatih...corak latihan yang diterapkan jurulatih...taktikal jurulatih...atau peman terlalu tertekan sehinggakan tidak boleh menumpukan sepenuhnya pada perlawanan.
3 ulasan:
kawe stuju...cara mene syed la punca defence kita letih dan kelam kabut.
bakpo x bui ko shahrizan main malle tu.....jgn sampai kito terlepas mcm piala fa......
Shahrizan xleh main boh...xdea nok register
Catat Ulasan