10 Mei 2010

Kelantan gagal teruskan rentak cemerlang

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

KELANTAN gagal meneruskan rentak cemerlang apabila sekadar seri 3-3 dengan Pahang pada aksi pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianthan berkata, keghairahan anak-anak buahnya untuk memburu gol telah memakan diri sendiri.

"Kita main dengan baik apabila berjaya menjaringkan gol pertama tetapi keghairahan mereka untuk menambahkan gol akhirnya memakan diri sendiri.

"Keputusan ini tidak mengembirakan saya. Pemain perlu ingat, lebih baik kita menang tipis 1-0 daripada mencatatkan keputusan seri," katanya.

Tambahnya, kelemahan ketara pemain pada perlawanan itu ialah mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan.

"Mereka tidak fokus sepenuhnya, malah tidak berdisiplin walaupun sedang mendahului pada satu ketika.

"Kita berjaya menguasai perlawanan tetapi apabila semua pemain ghairah naik ke atas menyerang kubu lawan, maka kita tidak ada pemain untuk bertahan di bahagian bawah.

Jelasnya, kelemahan seperti ini perlu diatasi segera sebelum perlawanan akan datang dalam usaha memastikan Kelantan tidak terus keciciran mata dan memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Selangor.

Dalam pada itu, Sathianathan turut memuji beberapa pemainnya yang mempamerkan aksi terbaik.

"Saya gembira dengan persembahan S. Chanturu dan Mohd. Nizab Ayub.

"Penjaga gol, Syed Adney (Syed Hussien) juga menunjukkan persembahan yang baik. Khairul Fahmi dan S. Subramaniam terpaksa disisihkan kerana mengalami demam."

Pada perlawanan itu, Kelantan bermula garang apabila berjaya mendahului pada minit ke enam menerusi pemain sayap, Mohd. Nor Farhan Muhammad.

Begitupun penyerang sensasi Tok Gajah, Azamuddin Mohd. Akil berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 sebelum Hasmizan Kamarodin menjaringkan gol kedua tiga minit kemudian.

Sebaik sahaja permainan babak kedua bersambung, Hasmizan menambah derita pasukan pelawat apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-46.

Pemain gantian S. Canturu dan Mohd. Nizab Ayub muncul penyelamat apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 dan 90.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam kuyan@kelatefc..
buleh tulong link blog ambo..
terima kasih.

kelatefc the red warriors berkata...

GAPO BLOG DEMO?

Tanpa Nama berkata...

trima kasih..
kirim sale ko kuyan tu..