PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuka sebuah kafe bola sepak sebagai usaha mendekatkan pasukan bola sepak Kelantan dengan peminat.
Kafe yang dinamakan The Red Warriors Stations@KTC itu terletak di bangunan Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu bakal menjadi medium untuk menghimpunkan peminat bola sepak dengan pemain bola sepak Kelantan.
Pengerusi Merchandise dan Outlet KAFA, Azlan Mohd Yusoff berkata, kafe tersebut yang akan beroperasi sepenuhnya bermula 22 Mei ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga berpatutan.
Selain itu, menurutnya, selain pelbagai jenis masakan tempatan, pengunjung juga berpeluang menikmati masakan Arab dari Maghribi.
"KAFA berharap peminat bola sepak Kelantan dapat memberi sokongan dengan mengunjungi kafe tersebut selepas beroperasi nanti," katanya di Kota Bharu semalam.
Menurut Azlan, peminat juga berpeluang mendapatkan pelbagai produk jenama Warriors keluaran KAFA seperti jersi, beg dan pemegang kunci yang turut di jual di kafe tersebut.
Jelasnya, kafe itu turut dilengkapi ruang yang luas dan berhawa dingin disamping turut dilengkapi kemudahan empat unit televisyen LCD bersaiz besar.
"Skrin besar turut dipasang bagi memudahkan peminat bola sepak menonton sebarang perlawanan bola sepak termasuk kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.
Azlan memberitahu, majlis perasmian kafe itu akan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 21 Mei ini.
kosmo
8 ulasan:
makanan & minuman dkt trw cafe mahal nok mapuh....kafa sajo jah nok ambil kesempatan atah penyokong...xke nok suruh penyokong boikot dulu br nok turun harga??doh lah makan & minuman xsedak lasung...mmg kita nie diperbodohkan...baik g makan kat medan selera 2....harap kow kedai jah lawa....:(
gi makan nasi kat kedai pokpeng laa
sebagai negeri di bawah pempinan ulama, setiap komen yang membina tidak seharusnya mengguna kata kata kesat.
Nok g try jugok la nanti bila go KB
biase le makanan kat kafe ekskulsif mahal skit, kena terima lah kenyataan, minum kat starbuck mahal pun boleh bayar, tak sedap pun, mcmana nih, kalu tak sedap jgn komen dlm ni, g terus komen kat kaunter, kite pengguna ada hok kito
hok komen makanan tok sedap tu mungkin ado agenda tersembunyi atau citarasa dio cito raso ore asli...biaso makan ubi kayu dan minum air sungai tu gak...jupo sekali dekat kafe...nyo bulih oyak mahal la....hahhaha
hah tu dio...sapo chef tu..keno ordar oghe lik sano la kalu nok sedap gak..mugo kito beso make nasik berlauk tu gak..keno makane mat saleh sikit beralun perut...hok jong jual tu pulok jgn duk ambil kesempatan la..nyaknyo ko peminat kito tu..patut keno bui diskaun la...bowok kaki tikek buleh diskaun..ko guano
kemah cadangan demo...kafa blh teliti cadangan ni
Catat Ulasan