12 Apr 2010

Negeri Sembilan juara!Kelantan gigit jari,impian ke Bukit Jalil lebur

Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana telah di nobatkan juara piala FA yabg baru setelah menewaskan Kedah sabtu lalu dengan penentuan sepakan penalti 5-4.

Tahniah juga kepada pasukan Kelantan kerana menghampakan ribuan peminat setia dengan aksi longlai kelas kedua yang dipamerkan setakat ini.

Peminat-peminat setia 'The Red Warriors' sudah boleh melupakan impian untuk ke Bukit Jalil tahun ini jika masalah ini terus berlarutan tanpa ada tindakan drastik dari pengurusan KAFA.

Suara-suara keramat yang mewakili ribuan penyokong fanatik Kelantan seolah-olah tidak 'diendahkan' oleh pihak KAFA yang mahukan perubahan dalam skuad Kelantan.

KAFA perlu membuat keputusan yang tepat walaupun menyinggung perasaan mana-mana pihak bagi mengembalikan moral pemain-pemain Kelantan serta mengembalikan kepercayaan peminat setia yang dahagakan aksi kelas pertama dari pemain-pemain serta mampu menjulang sekurang-kurangnya satu piala.

Singkirkanlah mana-mana individu yang dirasakan tidak boleh mengalas amanah yang diberikan tidak kiralah jurulatih,pemain atau sesiapa sahaja yang dirasakan menjadi penyebab mengapa Kelantan berduka nestapa begini.

Majoriti peminat-peminat Kelantan mahukan jurulatih ditukar kerana ada yang mengatakan pemain-pemain sudah tidak boleh 'bermain bolasepak' dibawah kendalian beliau,itu telahan dari peminat-peminat tapi masalah sebenar yang melanda pasukan Kelantan hanya pihak pengurusan,pemain serta jurulatih yang mengetahuinya.

Oleh itu bersandarkan sedikit keyakinan serta harapan tinggi dari penyokong-penyokong setia kami mahukan perubahan segera dari pengurusan KAFA terutamanya perhatian presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa supaya bertindak segera supaya peminat tidak muak dengan aksi kelas kedua dari pemain-pemain bintang.

3 ulasan:

Unknown berkata...

apa sebenarnya masalah pengurusan KAFA dan pemain bola kelantan ni?pening pale ni..

Mansor Adabi berkata...

Pening palo jugokkk,,,,rasa mace ado benda yang tak kena dengan skuad Kelate kito,,,,Kafa keno buat sesuatu,,,

Tanpa Nama berkata...

byk sgt mslh..xtahu la TSAM blh selesai ko dok..