14 Mac 2010

Siapa kata Selangor kuat?

Jumaat lalu menyaksikan dua musuh serta pencabar utama liga super Kelantan dan Selangor berentap di Kota Bharu.Selangor yang turun selaku pendahulu liga ternyata lembik dan tidak sekuat yang disangka.Bermain dihadapan 30000 penonton setia Kelantan yang sesak membanjiri stadium Sultan Muhammad ke-IV serta hampir 3000 lagi peminat setia yang tidak dapat memasuki stadium menonton perlawanan di skrin gergasi di luar stadium.

Selangor ternyata cukup tertekan melayan asakan pemain-pemain Kelantan yang bertali arus melancarkan serangan.Corak permainan Kelantan juga agak menarik pada separuh masa pertama yang menyaksikan barisan hadapan Kelantan bermain pantasdan kerap mengelirukan pertahanan Selangor yang ditunjangi Khairul Anuar.

Separuh masa Pertama kelantan menguasai lebih 80 peratus permainan dan kekebalan benteng pertahanan Selangor mengagalkan usaha barisan penyerang Kelantan.Entah dimana silapnya barisan penyerang Kelantan gagal menghasilkan gol walaupun serangan bertali arus dilancarkan.

Selangor hanya dapat mengimbangi perlawanan diseparuh masa kedua yang menyaksikan mereka mula melancarkan serangan namun serangan mereka berjaya dihalang oleh benteng kebal Kelantan yang diketuai oleh Azizi Matt Rose,Rizal Fahmi,DAudsu,Zairul serta Farisham yang dimasukkan pada separuh masa kedua kerana Zairul mengalami kecederaan.

Selain kekebalan benteng pertahanan penjaga gol muda Kelantan yang diserap dari piala presiden iaitu Khairul Fahmi bertindak cemerlang mengagalkan usaha pemain-pemain Selangor untuk menghasilkan gol.

Apa dapat disimpulkan dari perlawanan tersebut adalah Selangor tidaklah sehebat mana seperti yang diwar-warkan kerana terpaksa berhempas pulas menahan asakan penyerang-penyerang Kelantan serta tidak mampu menembusi benteng pertahanan Kelantan.

Nasib ternyata tidak menyabelahi Kelantan kerana deretan peluang gagal disudahi dengan baik oleh barisan hadapan jika tidak Kelantan sudah pasti akan kenduri gol.

Selangor ibarat pasukan yang gah apabila bertemu pasukan lembik dan bila bertemu pasukan kuat seperti Kelantan ternyata tidaklah sekuat yang dilaung-laungkan oleh peminat-peminat mereka. yang mengatakan akan membelasah Kelantan di Kota Bharu.

Angan-angan mat Jenin...Nasib baik la Selangor tak kena Belasah!!!

1 ulasan:

mat yie kopoh berkata...

betul2