PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menagih kemenangan daripada ‘Red Warriors’ apabila menentang pasukan tetangga dalam saingan Liga Super malam ini sebagai hadiah terbesar perjuangannya sebelum mengakhiri tugas selaku pemimpin persatuan, tahun ini.
Selain itu beliau berkata, kemenangan tahun ini juga sebagai hadiah kepada penyokong Kelantan yang banyak memberi sokongan kepada pasukan negeri sehingga muncul sebagai antara pasukan elit di negara ini selepas hambar beberapa tahun sebelum ini.
“Negeri lain sudah beberapa kali membawa pulang piala kemenangan ke negeri masing-masing, namun Kelantan masih belum berjaya dan musim 2010 harus dibuktikan dengan memastikan ketiga-tiga piala yang diperjuangkan menjadi milik kita.

“Walaupun akan berhadapan musuh tradisi Terengganu esok (hari ini), pemain harus berusaha mencipta kemenangan memastikan 2010 adalah tahun paling bertuah kepada Kelantan, bukan saja bagi Piala Liga, malah Piala FA dan Piala Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran jersi baru pasukan Kelantan yang menggunakan jenama Umbro serta melancarkan laman web theredwarriors.com, di Kota Bharu, semalam.
Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan, berkata pasukannya berada dalam keadaan getir kerana lazimnya perlawanan pertama akan berhadapan kesukaran, terutamanya apabila bermain di tempat lawan, selain dihantui kecederaan beberapa pemain utama.
“Kelantan sedar akan berhadapan tugas berat bertemu Terengganu yang berjaya ke perlawanan akhir Piala Liga, tahun lalu, selain mempunyai pemain kebangsaan.
“Saya jangka satu saingan sengit esok (malam ini) dan akan berpuas hati jika dapat merampas satu mata di gelanggang lawan.” katanya.- bharianSementara itu, ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan, berkata pasukannya berada dalam keadaan getir kerana lazimnya perlawanan pertama akan berhadapan kesukaran, terutamanya apabila bermain di tempat lawan, selain dihantui kecederaan beberapa pemain utama.
“Kelantan sedar akan berhadapan tugas berat bertemu Terengganu yang berjaya ke perlawanan akhir Piala Liga, tahun lalu, selain mempunyai pemain kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan