28 Feb 2009

Pasti 'panas' di Shah Alam

PERTEMBUNGAN antara Selangor dan Kelantan malam ini mempunyai signifikannya tersendiri kerana mempertemukan dua pasukan tangga teratas Liga Super.

Gergasi Lembah Klang itu akan berdepan sang Kijang yang merupakan pendatang baru dalam saingan Liga Super, liga paling kompetitif di negara ini.

Kehebatan pasukan Kelantan mula terbit sejak musim lepas lagi apabila 'ayam import' mereka yang diketuai oleh Mouhamadou Moustapha berjaya menarik penyokong ke stadium.

Momentum tersebut nampaknya diteruskan oleh pemain tempatan dan ia semakin pantas bergerak walaupun tanpa kehadiran pemain luar.

Tidak dapat dinafikan, bola sepak di Kelantan bagaikan disuntik nafas baru dan menjadi suatu fenomena yang sangat luar biasa apabila masyarakat tempatan mula bercerita tentang kehebatan pasukan bola sepak kesayangan mereka.

Selepas berjaya melangkah ke saingan suku akhir Piala FA dengan agregat 8-2 ke atas PDRM, sang Kijang dilihat semakin optimis dan mula berkira-kira untuk membawa pulang beberapa piala ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Berdepan Selangor, Kelantan sedar tugas mereka bukan mudah kerana lawan yang dihadapi merupakan pasukan yang jauh berpengalaman dan sudah beberapa kali memahat nama pada beberapa kejohanan bola sepak berprestij tanah air.

Selangor pula yang sudah dua kali tewas pastinya tidak akan mudah mengaku kalah di hadapan penyokong sendiri, manakala bagi Kelantan, kejayaan menewaskan Selangor bermakna mereka mendapat kemenangan moral.

Jurulatih Kelantan, Peter James Butler pastinya menyenaraikan pasukan terkuatnya ketika berkunjung ke Shah Alam malam ini dan beliau sememangnya dikenali sebagai jurulatih yang penuh dengan taktikal dan mampu mengubah rentak permainan dalam tempoh yang singkat.

Kelekaan dan perasaan terlalu yakin di kalangan pemain sering kali menjerat langkah sang Kijang dan ini adalah 'racun' yang perlu diberi- kan penawar segera oleh jurulatih dari England itu.

Bagi penyerang prolifik Kelantan, Khalid Jamlus, berdepan Selangor merupakan detik terbaik untuk membuktikan dia bukan calang-calang penyerang dan masih berbisa.

Empat gol dalam dua perlawanan ketika menentang Pahang dan PDRM sebelum ini merupakan isya- rat Khalid kepada peminat bola sepak tanah air tentang kebangkitannya sebagai penyerang digeruni.

Ketenangan ketika berada di dalam kotak penalti selain rembatan 'maut' yang dimilikinya amat diperlukan untuk merobek gawang Selangor yang dikawal oleh penjaga gol berpengalaman, Hamsani Ahmad.

Kelibat Norfarhan Mohamad tidak kurang pentingnya untuk menghadirkan igauan buruk buat pertahanan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom.

Selain itu, kepantasan dan kelin- cahan sayap Kelantan, Zamri Ramli dan Indra Putra Mahayuddin cukup untuk membantu jentera penggempur Kelantan mengaibkan Selangor di tempat sendiri.

Bagaimanapun, penekanan juga harus diberikan kepada kombinasi jentera tengah Kelantan apabila aksi 'jeneral padang' Kelantan, Badri Radzi dilihat sedikit menurun.

Badri kehilangan rakannya, Khairan Eroza Razali akibat kecederaan dan dua pemain yang dicuba digandingkan bersamanya sebelum ini iaitu Nafuzi Zain dan Wan Zaman Wan Mustapa belum menemui rentak.

Dia yang turut bertindak sebagai ketua pasukan, perlu mengembali- kan sentuhan berbisanya selaku perancang selain seorang lagi pemain tengah yang bakal diturunkan, perlu pantas menyesuaikan diri bersama Badri untuk merencanakan permainan.

Dalam pada itu, benteng pertahanan Kelantan yang dilihat kurang mantap juga perlu segera mencari ramuan untuk mengekang asakan Selangor.

Masalah komunikasi di barisan pertahanan yang diketuai Ahmad Azlan Zainal perlu diselesaikan dan menentang Selangor adalah peluang terbaik untuk buktikan mereka tidak mudah ditembusi.

Sementara itu, pemilihan Halim Napi untuk mengisi posisi penjaga gawang ketiga Kelantan, banyak menerima kritikan serta diragui.

Namun, bagi Halim ini adalah peluang terakhir untuk dia menabur bakti di negeri kelahirannya sebelum menggantung but.

Prestasinya yang menakjubkan kebelakangan ini menyebabkan penjaga gol utama Kelantan sebelum ini, Shahrizan Ismail banyak memanaskan bangku simpanan.

Bagaimanapun, Halim pastinya menjadi individu paling sibuk ketika menentang Selangor nanti apabila terpaksa berdepan penggempur kebangsaan, Safee Sali.

Dia yang kemarau gol sejak bebe- rapa perlawanan lalu pastinya mahu menjadikan pertemuan menentang Kelantan peluang untuk melepaskan badi tersebut.

Selangor yang memiliki beberapa lagi pemain bintang seperti Hardi Jaafar, Amri Yahyah dan Amirul Hadi Zainal, pastinya memberi cabaran hebat kepada anak buah Peter James Butler

Sumber : KOSMO

Kelantan tak gentar gema Shah Alam


KELANTAN bakal berkunjung ke Stadium Shah Alam, Sabtu ini, berbekalkan tekad untuk menjarakkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super kepada enam mata ke atas Selangor, sambil menamatkan kemarau kemenangan skuad itu di gelanggang keramat Merah Kuning sejak 30 tahun lalu.

Pertentangan dua pasukan berprofil tinggi yang diberi jolokan garang, Red Warriors (Kelantan) dan Red Giants (Selangor) itu boleh dianggap sebagai `ibu segala perlawanan' dengan sebarang keputusan akan menggambarkan pasukan mana bakal dilabel selaku pilihan bergelar juara Liga Super edisi keenam.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar), menuntut anak didik skuad kendalian Peter Butler itu tampil dengan aksi lebih bertenaga dalam usaha melakar sejarah buat julung kalinya menewaskan Selangor di gelanggang lawan sejak tiga dekad lalu.

"Setahu saya, Kelantan sudah 30 tahun tidak pernah menang di Selangor, tetapi itu kisah lama. Sekarang situasi berlainan di mana Kelantan kini adalah pendahulu Liga Super dan saya yakin pemain tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan tiga mata.

"Walaupun ia cuma satu perlawanan daripada musim yang masih panjang, ini adalah pertemuan dua pasukan teratas. Jadi, saya mahu pemain turun dengan satu matlamat iaitu mencatat kemenangan kerana mereka juga berpeluang mencipta sejarah bola sepak Kelantan," kata Annuar.

Annuar berkata, dalam pertemuannya dengan pemain selepas mereka menewaskan Polis dalam aksi Piala FA Selasa lalu, semua pemain berjanji menampilkan aksi terbaik untuk pasukan sesuai dengan status Kelantan yang kini bergelar pendahulu liga.

"Berdasarkan perbincangan dengan jurulatih (Butler), saya diberitahu kebanyakan pemain masih belum mencapai kemuncak dan saya harap pemain akan mempamerkan prestasi sebenar dalam perlawanan Sabtu ini," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui Selangor bukan calang-calang pasukan apa lagi juara Piala Malaysia 30 kali itu sudah pasti mahu melakukan kebangkitan segera selepas tewas kepada MyTeam dalam aksi sebelum ini sehingga melepaskan takhta liga kepada Kelantan.

Annuar menjangkakan kedua-dua pasukan bakal menyajikan aksi berkualiti kerana masing-masing memerlukan kemenangan dengan pasukan yang bijak menyempurnakan peluang serta kurang melakukan kesilapan bakal pulang dengan kemenangan.

"Selain itu, sokongan padu penyokong turut memainkan peranan untuk menaikkan semangat pemain. Setakat ini, 12 bas sudah mengesahkan membawa penyokong Kelantan ke Shah Alam dan jumlah itu dijangka bertambah menjelang hari perlawanan.

"Saya harap penyokong Kelantan di Lembah Klang dapat beramai-ramai ke stadium bagi mengimbangi sokongan yang diterima Selangor, sekali gus memastikan pemain tidak kekok berdepan sorakan bergemuruh penyokong tuan rumah," katanya.

Credit to : Berita Harian

26 Feb 2009

Selangor bakal mangsa amukan kijang


Barisan pemain yang menjadi taruhan Kelantan untuk bertemu Selangor

Pertemuan paling di tunggu oleh peminat setia liga super Malaysia iaitu antara Kelantan dan Selangor bakal menyaksikan perlawanan sengit.Kemenangan akan membolehkan The Red Warriors meneruskan aksi cemerlang kemenangan 7 perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Selangor sudah pasti sedang mencongak bagaimana ingin menumbangkan Kelantan yang dilihat begitu liat untuk di tewaskan,harapan sudah tentu akan di letakan di bahu Amri Yahyah,walaupun bermain di posisi tengah keupayaan pemain ini menghasilkan gol perlu di beri perhatian andai ingin melihat Kelantan tidak berputih mata.Selangor juga memiliki penyerang berbisa iaitu Safee Sali walaupun prestasinya dikatakan kurang konsisten musim ini.Pemain lain yang harus di beri perhatian ialah Surendran,Amirul Hadi serta Hardi Jaafar.

Andaikata prestasi semasa diukur Kelantan bukanlah lawan Selangor sebenarnya kerana Selangor hampir tumbang ketika berdepan dengan Kuala Lumpur pasukan dari Liga Perdana.Moral pemain Selangor sekarang dalam keadaan tertekan berbanding Kelantan yang menang besar keatas lawan sebelum ini,Cuma kelebihan mereka bermain di tempat sendiri menjadi ukuran sebenar samada mereka boleh menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya.

Nama-nama seperti Khalid Jamlus,Indra Putra Mahyuddin,Daudsu,Badri Radzi,Zairul Fitri,Azlan,Rizal Fahmi serta penjaga gol paling senior dalam liga super Halim Napi bakal mengegar Selangor di Stadium Shah Alam sabtu ini.Dengan prestasi cemerlang mereka tidak mustahil Kelantan akan ‘mengerjakan’ Selangor seperti yang di lakukan pada musim lepas ketika menang besar di Kota Bharu.

Pemain ke-12 Kelantan iaitu penyokong seharusnya datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan ini dan meberikan sokongan moral.Kita tak perlu gusar tentang kehadiran penyokong Selangor yang ramai kerana di khabarkan rombongan dari Kelantan juga akan sama-sama dating memberi semangat dan sokongan kepada pemain-pemain.

Ayuh The Red Warriors kita baham Selangor pula!!!!!

Kedah lembik, Kelantan menyengat


PEMAIN Kedah (tengah) dikatakan kurang menyerlah musim ini berbanding musim lepas.


JUARA bertahan Piala FA, Kedah tersingkir awal.

Sengat yang mereka pamerkan dua musim lalu sudah hilang bisanya.

Reputasi selaku juara treble musim lalu mula dipersoalkan.

Prestasi mereka terumbang-ambing dan rentak permainan pun semakin membosankan.

Barisan pemain yang sama masih diberi kepercayaan tetapi mereka bagaikan sudah hilang kejantanan, tidak sehebat dua musim lalu

Dalam saingan Liga Super, rentak skuad Hijau Kuning itu juga tidak konsisten.

Aksi mereka tidak ubah seperti anak kapal yang kehilangan nakhoda.

Mungkin ada juga betulnya bila ada cakap-cakap yang menyatakan kejayaan mereka meraih gelaran treble sebelum ini banyak bergantung kepada kecemerlangan tiga pemain importnya yang memang sukar disekat lawan terutama, Marlon Alex James.

Penyokongnya pula beranggapan, kejayaan Kedah adalah hasil sentuhan jurulatih mereka, Mohd. Azraai Khor Abdullah.

Musim ini, Azraai mempunyai barisan pemain yang sama kecuali tiga pemain import, namun prestasi mereka turun dengan mendadak.

Pemain yang sama tetapi prestasi sudah jauh berubah.

Pada mulanya, Kedah dilihat pasukan yang mempunyai barisan pemain muda yang berwibawa, tetapi berdasarkan prestasi pemain mereka sekarang, tanggapan itu macam tidak tepat.

Pemain ini seharusnya bertindak lebih cemerlang untuk terus melonjakkan skuad Hijau Kuning itu.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan bahawa kehebatan pemain muda Kedah pada musim lalu banyak dibantu oleh pemain import mereka.

Mungkin ada kebenarannya, kerana kemerosotan mereka musim ini dilihat sangat ketara.

Apa pun Kedah sudah terkeluar walaupun pada mulanya mereka adalah pilihan berdasarkan reputasi sebagai juara selain membariskan barisan pemain yang sama.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila mereka ditunjuk jalan keluar lebih awal oleh UPB-MyTeam, pasukan berstatus kelab.

Penyingkiran serta kemerosotan Kedah musim ini turut menjejaskan reputasi Azraai yang dianggap antara jurulatih terbaik dalam Liga M.

Selain itu, dia juga disebut-sebut sebagai calon terbaik untuk mengisi jawatan jurulatih skuad kebangsaan.

Berdasarkan reputasi sekarang, adakah dia akan kekal sebagai pilihan untuk jawatan tersebut?

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan alasan Kedah sebaik tersingkir daripada Piala FA ialah masalah dalaman yang mereka alami seperti kecederaan dan juga keletihan.

Sebagai sebuah pasukan yang memiliki reputasi cemerlang, ia bukan alasan kerana sebelum ini Azraai pernah menyatakan bahawa barisan simpanannya juga tidak kurang hebatnya.

Tetapi ia tidak sama seperti yang dinyatakan kerana rentak mereka jauh berbeza berbanding ketika mereka berada di puncak.

Justeru, kemerosotan yang mereka lalui sekarang telah mengukuhkan tanggapan bahawa kecemerlangan mereka dua musim lalu banyak dibantu oleh tonggak import.

Apa pun, Kedah sudah terkeluar dan Piala FA pula akan membuka lembaran baru yang bakal menyaksikan kewibawaan pasukan baru.

Setakat ini, Kelantan dilihat sangat menyerlah, satu-satunya pasukan yang melangkah ke suku akhir dengan jumlah jaringan terbanyak.

Kelantan yang kini memimpin kedudukan Liga Super telah menghasilkan lapan gol pada pusingan kedua Piala FA dan ini membuktikan skuad yang mendapat jolokan Kijang itu bakal menjadi kuasa baru bola sepak tempatan.

Turut mewarnai Piala FA musim ini ialah skuad remaja negara, Harimau Muda yang dibimbing K. Rajagobal.

Mereka menyingkirkan pasukan berstatus elit, Terengganu dengan agregat 4-3.

Pasukan kelab dari Terengganu, T-Team juga memperlihatkan kewibawaan apabila menyingkirkan Sarawak dengan agregat 4-1.

Pastinya, kemaraan pasukan-pasukan baru ini akan lebih menghangatkan saingan dalam Piala FA dan tumpuan sudah pasti terarah kepada Kelantan yang dilihat mempunyai jentera penggempur paling ampuh setakat ini.

Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis memang dijangka layak berdasarkan pencapaian mereka dalam Piala FA sebelum ini.

Kosmo

25 Feb 2009

Mesra..

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda... ... ... .

Tidur dalam satu selimut bersama isteri..

Dari Atha` bin Yasar "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." ( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. ( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).

Mandi bersama isteri

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )." ( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

Disikatkan oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid". ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Meminta isteri meminyaki badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." ( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).

Minum bergantian pada tempat yang sama

Drpd Aisyah r.a, dia berkata "Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

Membelai isteri

"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersam sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya." ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Mencium isteri

Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Berbaring di pangkuan isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." ( Hadis Riwayat Nasai ).

Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Segera menemui isteri apabila tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan... ... .apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu." ( Hadis Riwayat Tirmizi ).


-------------------
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi... ... ..






Salam rakan seperjuangan..

banner ni sket2.. hehek

jauhi hasad dengki

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:
Buruk sangka Hasad dengki Takut sial kerana sesuatu
Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:
Risau hati yang tak putus-putus
Bala yang tidak berpahala Tercela yang tidak baik Dimurka Allah s.w.t.
Tertutup padanya pintu taufiq

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud." Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:
Pemerintah kerana zalim Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)
Kepala desa kerana sombong Pedagang kerana kianat Orang dusun kerana kebodohan
Ahli ilmu kerana hasud

Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."

Seorang cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."

Al-Ahnaf bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).

Seorang hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya daripada penghasud."

Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati padahal ia ahli syurga dan jika ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"

Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk keneraka?"

Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
Orang yang makan haram Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)
Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin

Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu:
Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan) Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang malam.
Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini

Abul Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): " Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."

Maka kewajipan tiap muslim membersihkan dari dari hasud sebab hasud itu menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seseorang hamba yang diridhoNya.

Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:
Jika bertemu harus diberi salam
Jika mengundang harus didatangi
Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar (dinasihati)
Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah
Jika sakit harus diziarah
Jika mati harus dihantar jenazahnya

Abul Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan didalam mandi itu sebab dibawah tiap helai rambut ada janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat kemabali kepada Allah s.w.t.) dan perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t. dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan dilututmu dan renggangkan jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota ditempatnya, dan jika sujud maka letakkan wajahmua ditanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk diantara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan kedua bokongmu diantara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki ditanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak sempurna rukuk sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati kepadamu engkau sedang berwuduk, maka engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada keluargamu, supaya banyak berkat rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa ketika keluar maka akan kembali sudah diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim sebab itu dari ajaranku maka siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut sebab disitulah istirehatmu."

Didalam ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya dari rasa dengki dan hasud sebab termasuk amal yang utama.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya dengan tangan kirinya." Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk bersama kami. Kemudian pada esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti hari pertama dan kedua, dan ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: "Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunnat. Ddemikian saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata kepadanya: "Ssebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam dirumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa yang kiranya menyebabkan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat itu." Maka pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat kami lakukan."

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:
Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain
Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"
Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya
Dia membantu kepada iblis laknatullah
Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."

Piala FA : Kelantan benam PDRM

Kelantan berjaya membenam pasukan paling bermasalah dalam liga super iaitu PDRM 3-1 di Stadium Selayang semalam.Dengan kemenangan ini Kelantan berjaya menjadi satu-satunya pasukan yang menang besar pada pusingan kedua ini dengan agregat besar 8-2 setelah menundukkan PDRM 5-1 di Kota Bharu.Percaturan Peter Butler nampaknya menjadi dengan menurunkan 'skuad kedua'dan merehatkan khalid jamlus,indra dan Daudsu.

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Rizal Fahmi melalui satu sepakan percuma yang hanya mampu di saksikan oleh pehjaga gol PDRM,Gol kedua Kelantan dijaringkan oleh 'supersub kelantan' Ramizul dan gol ketiga kelantan dijaringkan oleh Norfarhan dengan tandukan terbang menerjah gawang PDRm.

Aksi perlawanan semalam agak panas apabila Badri ditolak oleh pemain PDRM dan orang 'gedebe' kelantan Halim Napi meluru ketengah padang,nasib baik Halim masih mampu mengawal emosinya dengan hanya menolak pemain-pemain PDRM.

Kelantan kini layak kesuku akhir dan akan bertemu UPB Myteam iaitu pasukan yang pernah ditewaskan 4-2 di kota baru di awal musim.

Laillahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi
tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang
yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

24 Feb 2009

Amukan Kelantan menanti PDRM

Malam ini pertembungan kedua antara Kelantan dengan PDRM dalam piala FA pasti menjanjikan sanigan sengit.Kelantan bakal membuktikan bahawa kejaguhan mereka bukan di gelanggang sendiri sahaja tetapi mampu merobek lawan tidak kira dimana sahaja.Berbekal kelebihan 4 gol skuad yang digelar ‘The Red Warriors’ ini di lihat sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke suku akhir piala FA dan tidak mustahil menjuarai piala tersebut tahun ini.

Pemain-pemain Kelantan sudah menampakkan kembali keyakinan walaupun prestasi hambar pada separuh masa pertama ketika melawan PDRM di Stadium Sultan Muhammad Ke!V sabtu lalu dan mampu bangkit mencipta gol walaupun ketinggalan.Sememangnya pembelian Khalid jamlus berbaloi kerana beliau boleh di iktiraf sebagai mesin gol Kelantan ketika ini kerana dalam 2 perlawanan terakhir mampu menjaringkan 4 gol.

Pemain-pemain lain juga menjadi nadi kepada kebangkitan skuad Kelantan tahun ini dengan keupayaan yang tidak boleh di pertikaikan lagi seperti kelibat Indra,Norfarhan,Badri serta pemain muda Zamri yang menjadi arkitek untuk memburu gol untuk pasukan Kelantan.Apa yang dirungsingkan barisan pertahanan Kelantan sekarang agak longlai kerana sudah melepaskan jumlah yang gol yang hampir menyamai pasukan tercorot liga super PDRM.Masalah harus diberi perhatian sewajarnya oleh Peter Butler jika mahu Kelantan lebih di geruni lawan.

Pertemuan Kelantan-PDRM ini akan menjadi penyuntik Kelantan untuk bertemu dengan Red Giant 28 Februari ini di Shah Alam yang akan menentukan pasukan mana yang akan menguasai Liga Super.Pemain-pemain diingatkan supaya tidak terlalu yakin ketika berdepan dengan PDRM kerana kita tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’ seperti yang berlaku ketika kita berkunjung ke selatan tanah air yang menyaksikan kelebihan gol kita hampir Berjaya dipadamkan oleh anak didik ‘the professor’.

The REd Warriors dingatkan sekali lagi supaya merantai bekas pemain Kelantan musim lepas iaitu khairul zal azmie(Sheiikhh) kerana ternyata 2 perlawanan sebelum ini beliaulah yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahan Kelantan dan mampu merobek gawang Kelantan.Ayuh peminat Kelantan kita penuhi stadium selayang malam ini dengan memberikan sokongan kepada pasukan kita!!!Amukan Kelantan menanti anda…PDRM!!!

Pesanan Seorang Isteri (Bahagian iii)

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira.
Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan
ego yang keterlaluan.Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun
masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka.
Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi
kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. ! Ini bukan
rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan
isteri, isteri balas sepuluh kali (kalau isteri tak nak balas, salah awaklah
kawin dengan perempuan kepala batu).

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami
khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, awak juga yang rugi!

--
Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu pahit, hati jadi rawan. Kalau selalu manis, hati jadi bosan.---HAMKA---

23 Feb 2009

Pesanan Seorang Isteri (Bahagian ii)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dsbnya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan perempuan kedekut, itu bodoh awak sendirilah).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju
kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat
gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di
tempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia.
Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. You all memang dengki!

22 Feb 2009

Gambar Kelantan Vs Pdrm 19 Februari 2009


Kesebelasan Utama


Halim Napi


Rembatan padu


Jaringan Norfarhan(tidak kelihatan)



Ambil kau!!!


Tandukan maut indra



Pemain kelantan meraikan jaringan


Keputusan penuh

Sumbangan Razumi

Pesanan Seorang Isteri (Bahagian i)

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta
prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin
bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama- samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing- berak anak sedangkan suami
duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup
tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik- cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

bersambung.......

Malam penuh gemilang Kelantan


KAPTEN PDRM, Talfizam Taufik (kiri) menghalang gerakan Khalid pada aksi Piala FA
di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

MEMANG bukan calang-calang.
Selepas meratah Pahang dalam saingan Liga Super Selasa lalu, kini giliran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terpaksa menanggung kegarangan Kelantan musim ini.

Kemenangan 5-1 ke atas PDRM di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV pada aksi pertama, pusingan kedua Piala FA malam tadi menyaksikan Kelantan semakin komited memburu kejuaraan musim ini.

Babak pertama perlawanan menyaksikan persembahan hambar kedua-dua pasukan dan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal PDRM menerusi Fauzi Majid pada minit kelapan.

Bagaimanapun, penyerang Kelantan, Khalid Jamlus kembali meniupkan semangat tuan rumah tiga minit kemudian apabila bijak melakukan larian solo sebelum merembat masuk bola ke gawang lawan.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan sang Kijang menguasai sepenuhnya permainan dan pada minit ke-63, Khalid sekali lagi menggegarkan stadium dengan jaringan kedua peribadinya.

Lima minit berselang, giliran Norfarhan Mohamad mencetak nama sebagai penjaring apabila rembatannya gagal diselamatkan penjaga gol PDRM, Hamdan Sairi.

Kelantan yang mahu membawa bekalan selesa sebelum bertandang ke Selayang pada perlawanan kedua Selasa ini terus melancarkan serangan memburu gol.

Indra Putra Mahyuddin terus menggembirakan 10,000 penyokong tuan rumah dengan jaringan keempat pada minit ke-80.

Seminit kemudian, supersub Kelantan, Ramzul Zahini melengkapkan malam gemilang Kelantan dengan gol kelima tuan rumah.

Oleh KHAIRI MOHAMAD:Kosmo

19 Feb 2009

Tazkirah

Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....
Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
Golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
Golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2. Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan
yang Allah tetapkan.

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan). Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..

Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti
kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..

Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.

Benarlah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:
"Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134)

Mutiara Kata:
"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Marah

Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar? serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.

Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah".

Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.. "janganlah engkaumarah'... sebanyak tiga kali. jelaslah di sini... menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

FAM tidak halang FA ambil jurulatih luar

KUALA LUMPUR - Mungkin bagus tetapi mampukah kita? Ringkas, padat dan sinis komen Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengenai saranan jurulatih Kelantan, Peter Butler agar lebih ramai jurulatih luar dibawa masuk ke Liga Malaysia.

Menurut Azzuddin, FAM tidak pernah sekali pun menutup pintu kepada jurulatih asing seandainya ada pasukan yang mampu mendapatkan khidmat mereka.

"Soalnya, berapa banyak pasukan yang mampu? Sedang mahu membayar gaji pemain pun ada yang berhutang, inikan pula mahu membayar khidmat jurulatih asing.

"Apabila mengambil khidmat seseorang, pastikan anda mampu membayar. Jika tidak, ia hanya akan memalukan negara," katanya ketika dihubungi, semalam.

Azzuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Butler agar lebih ramai jurulatih import dibawa masuk ke Malaysia bagi memantapkan mutu bola sepak negara.

Butler menganggap, pengambilan jurulatih asing untuk berkhidmat di negara ini mampu menyumbang idea-idea baru sekali gus meningkatkan mutu bola sepak tempatan yang berpotensi untuk dikembangkan.

Buat masa ini, terdapat enam jurulatih asing yang menabur bakti di Liga M iaitu Butler di Kelantan, Ken Worden di Terengganu, Bojan Hodak melatih UPB-MyTeam, Wathiq Naji Jasim bertugas di Sabah, Robert Alberts di Sarawak dan Alessandro Stefano Cugurra Rodrigues mengendali Kuala Muda Naza.

Bagi Azzuddin, jurulatih bukanlah menjadi faktor utama kejayaan bola sepak negara tetapi mutu pemain di dalam sesebuah pasukan itu yang menentukan kejayaan.

"Pembangunan di peringkat akar umbi perlu diberi perhatian. Anda boleh memanggil sesiapa sahaja untuk melatih sesebuah pasukan tetapi ia tidak akan berhasil seandainya pasukan itu tidak diwakili para pemain berkaliber," katanya.

Azzuddin dalam pada itu turut seakan mencabar jurulatih asing untuk membuktikan kemampuan mereka mengatasi pencapaian jurulatih tempatan.

"Sama-sama kita lihat bagaimana pencapaian jurulatih luar pada penghujung musim ini. Benarkah mereka untuk mengatasi pencapaian jurulatih tempatan? Anda nilaikanlah sendiri," ujarnya.

Sebelum memutus talian, Azzuddin turut sempat memberi sedikit ingatan kepada pasukan yang mungkin 'termakan' dengan saranan Butler.

"Jika benar mahu membawa jurulatih luar, carilah jurulatih yang benar-benar berkaliber dan mampu membawa kejayaan kepada pasukan.

"Sejarah membuktikan pengendali tempatan lebih banyak mencatat kejayaan di dalam Liga Malaysia. Maka tidak ada salahnya untuk menggaji jurulatih tempatan," ujarnya.

Liga M Perlukan Jurulatih Luar


''Liga Malaysia perlukan jurulatih luar," demikian ditegaskan secara berulangkali oleh jurulatih Kelantan, Peter James Butler.

Beliau berkata, kehadiran jurulatih luar dapat menyumbang idea-idea baru untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan yang sebenarnya berpotensi untuk berkembang seiring dengan negara lain di rantau ini.

Jurulatih skuad Kijang dari England itu berpendapat, bola sepak negara ini 'tidak akan ke mana' tanpa bantuan jurulatih luar.

"Bawa masuk jurulatih asing sebanyak mana yang anda mampu untuk bekerjasama dengan jurulatih tempatan bagi memantapkan mutu bola sepak negara ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Pahang di Stadium Darul Makmur di sini, kelmarin.

Dalam saingan tersebut, Kelantan berpesta gol selepas membenamkan skuad Tok Gajah dengan lima gol berbalas satu, sekali gus menerajui takhta liga.

Butler sebelum ini pernah melatih Sabah, pasukan Liga S di Singapura dan Liga Indonesia.

Beliau turut mendakwa terlibat dalam melatih pasukan bola sepak Australia dan England di pelbagai peringkat.

Menurut Butler, beliau tidak bersetuju dengan pendangan yang mengatakan Liga Malaysia tidak memerlukan kehadiran pemain import dan jurulatih luar.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, berdasarkan pengalamannya di Indonesia, kewujudan pemain import dan jurulatih luar banyak membantu pasukan bola sepak negara itu menjadi antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

"Manchester City" Malaysia pamer taring


PEMAIN Kelantan, Zairul Fitri Ishak@Ropi (kiri) bersaing dengan pemain Pahang, R. Surendran pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur kelmarin.

KELANTAN tetap merendah diri walaupun berjaya menempatkan diri pada kedudukan teratas Liga Super

Apa yang mereka utamakan ialah untuk mengekalkan prestasi cemerlang kerana ia akan memudahkan tugas untuk mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin liga.

Kemenangan besar 5-1 sehingga menempangkan langkah Pahang di laman sendiri malam kelmarin pastinya menghadirkan sedikit gerun di kalangan pasukan lawan.

Bagaikan terjaga daripada lamunan, Kelantan yang sebelum ini hanya menang tipis dalam dua perlawanan terakhir, sedar bahawa peningkatan prestasi sahaja yang mampu mengekalkan kedudukan mereka di puncak liga.

Bekas penggempur kebangsaan, Khalid Jamlus membuktikan gelaran 'mesin gol' masih layak dipegangnya apabila meledak dua gol pada perlawanan di Kuantan itu.

Bagaikan mahu membalas jasa pihak pengurusan, Khalid sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi melalui sentuhan penyudah yang menghadirkan kegembiraan kepada seluruh penyokong sang Kijang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim tidak mahu pemain terlalu selesa dengan kedudukan menguasai carta liga.

Menurutnya, perjalanan sang Kijang masih jauh dan 19 perlawanan yang mendatang pastinya menjanjikan cabaran yang lebih sengit.

"Kelantan masih belum mencapai kemuncak prestasi dan pasukan lawan pastinya sedang mencongak strategi untuk menewaskan kami.

"Pemain perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengekalkan prestasi selain taktikal yang lebih ampuh untuk mengatasi lawan," katanya semalam.

Tambahnya, perlawanan menentang Pahang malam kelmarin membuktikan semua pemain komited dalam memburu kemenangan selain persefahaman yang cukup menakjubkan ditunjukkan.

Jelasnya, selepas mendahului dua gol, pemain agak leka sehingga menyebabkan tuan rumah berjaya mengambil kesempatan.

"Pada separuh masa kedua, kita tidak lagi menoleh kebelakang apabila terus mengasak kubu lawan dengan permainan lebih agresif dan bersifat taktikal.

"Hasilnya, kita berjaya menjaringkan tiga gol selain barisan pertahanan juga menjalankan tugas dengan baik mengekang asakan lawan," ujarnya.

Pujian juga harus diberikan kepada teraju pertahanan, Ahmad Azlan Zainal yang berjaya mengemudi benteng Kelantan dengan baik sehingga menyukarkan pemain Pahang untuk menembusinya.

kelab kelatefc

kelatefc merupakan kelab penyokong yang ditubuhkan untuk memberi informasi kepada penyokong-penyokong siber pasukan the red warriors.