19 Feb 2009

Liga M Perlukan Jurulatih Luar


''Liga Malaysia perlukan jurulatih luar," demikian ditegaskan secara berulangkali oleh jurulatih Kelantan, Peter James Butler.

Beliau berkata, kehadiran jurulatih luar dapat menyumbang idea-idea baru untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan yang sebenarnya berpotensi untuk berkembang seiring dengan negara lain di rantau ini.

Jurulatih skuad Kijang dari England itu berpendapat, bola sepak negara ini 'tidak akan ke mana' tanpa bantuan jurulatih luar.

"Bawa masuk jurulatih asing sebanyak mana yang anda mampu untuk bekerjasama dengan jurulatih tempatan bagi memantapkan mutu bola sepak negara ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Pahang di Stadium Darul Makmur di sini, kelmarin.

Dalam saingan tersebut, Kelantan berpesta gol selepas membenamkan skuad Tok Gajah dengan lima gol berbalas satu, sekali gus menerajui takhta liga.

Butler sebelum ini pernah melatih Sabah, pasukan Liga S di Singapura dan Liga Indonesia.

Beliau turut mendakwa terlibat dalam melatih pasukan bola sepak Australia dan England di pelbagai peringkat.

Menurut Butler, beliau tidak bersetuju dengan pendangan yang mengatakan Liga Malaysia tidak memerlukan kehadiran pemain import dan jurulatih luar.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, berdasarkan pengalamannya di Indonesia, kewujudan pemain import dan jurulatih luar banyak membantu pasukan bola sepak negara itu menjadi antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

2 ulasan:

aku berkata...

gambar 5 ore tu ko calon jurulatih luar???

Tanpa Nama berkata...

gambar hok pakai cap tu nampak supa juruletih