Mungkin ramai sudah menjangka mengapa FAM bertindak mengubah format liga super…ramai yang telah membuat telahan bahawa FAM hanya mahu menyelamatkan salah sebuah pasukan gergasi iaitu Pahang kerana kalau mengikut perkiraan automatiknya Pahang dan polis akan turun ke liga perdana.
Mungkin juga FAM belum bersedia untuk mencipta rekod Pahang turun ke liga perdana untuk pertama kalinya.Itu hanya perkiraan sahaja tetapi apa yang di kesalkan oleh majoriti peminat setia bolasepak Malaysia adalah FAM seolah-olah tidak profesional dalam membuat keputusan dan tidak memikirkan kesan jangka panjang sesuatu tindakan diambil.
Jika pihak pengurusan FAM terus bersikap begini tidak mustahil ranking bolasepak negara kita akan merudum lagi..tidak rindukah kita pada pencapaian yang pernah kita kecapi dahulu?Kita mampu duduk sebaris dengan Jepun dan Korea Selatan suatu masa dahulu,tapi harini untuk bersaing dengan negara jiran kita seperti Thailand,Indonesia serta Vietnam pun kita tidak mampu!!!
Tarikh keramat 15 Ogos ini pasti di tunggu oleh semua,bukan kerana liga perdana inggeris membuka tirai tetapi tarikh tersebut akan berlangsung persidangan FAM yang akan bermesyuarat menentukan format baru liga Malaysia.
Pengurusan FAM sudah tentu akan pening kepala terutamanya Dato Che MAt Jusoh kerana pasukan T-Team akan menarik diri jika tidak dibenarkan bermain dalam liga utama yang akan mengantikan liga super.
Mungkin beliau boleh ‘menyerap’ pasukan T-Team kedalam liga utama tetapi setiap keputusan yang dibuat perlu menjaga hati pasukan kelab lain yang sudah pasti juga ingin beraksi dalam liga utama negara kita.
Oleh itu kita berharap setiap keputusan yang diambil tidak hanya mempunyai kepentingan tertentu dan perlu mengambil kira semua pandangan orang ramai terutamanya pandangan dari lagenda bolasepak negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan