4 Jul 2009

Red Warriors Tempang


Kehilangan tonggak utama Kelantan Indra Putra Mahyudin gara-gara kad merah ketika saingan liga super menentang terengganui selasa lepas amat dirasai.Layanan kad merah tersebut ternyata membunuh pasukan Kelantan yang ternyata bergantung pada sentuhan ajaib serta pengalaman dari beliau.


Walaupun menentang Pahang,Kelantan perlu waspada kerana sisa-sisa liga amat penting kerana jika kelantan kalah atau seri tempat ketiga bukanlah lagi jaminan kerana 5 pasukan lain masih mampu mengejar.

Sandaran kali ini pasti terarah kepada peledak gol Kelantan selepas indra iaitu Khalid Jamlus.Walaupun dianggap seorang yang 'malas' di atas padang Khalid berjaya mendapatkan 8 gol untuk Kelantan musim ini.Itulah Khalid,dipuji apabila menjaringkan gol tetapi di hina dan di cemuh apabila tidak mampu menjaringkan gol.

Peter Butler seharusnya melakukan perubahan drastik jika ingin melihat Kelantan menang keatas Pahang malam ini,lupakan sahaja kekalahan kepada Terengganu kerana bermain di atas padang ragut rumput sememangnya agak sukar kerana Kelantan sudah selesa bermain di padang seperti Bukit Jalil yang bertaraf dunia.

Apa yang diharapkan oleh penyokong-penyokong Kelantan adalah kesebelasan utama Kelantan mampu mengalas misi yang di berikan kerana kemenangan amat penting malam ini.

Ayuh Redwarriors kita benam Tok Gajah di stadium keramat kita!!!

Tiada ulasan: