JOHOR FC menyentap peluang Kedah untuk menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga selepas membelasah bekas juara liga itu 5-1 di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam tadi.
Kekalahan Kedah membuka kembali peluang buat Kelantan untuk merebut tangga ketiga tatkala aksi berbaki dua perlawanan.
Rentak kemenangan tuan rumah bermula seawal minit ketiga hasil sepakan penalti Eddy Helmi Manan selepas Nurul Azwan Roya dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Johor FC menyambut gol ketiga dua minit sebelum babak pertama berakhir hasil tolakan Wan Rohaimi Ismail sebelum menambah gol keempat tiga minit sebaik permainan babak kedua bersambung menerusi rembatan Mohd Farid Ederis.
Kedah mendapat gol tunggal pada minit ke-66 tetapi Mohd Ezaidy Khadar memastikan kelmarin adalah malam mutlak skuad bimbingan Ramlan Rashid menerusi gol terakhir pada minit ke-78.-Ihsan BHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan