11 Dis 2014

Malaysia ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Keputusan penuh:

Vietnam 2-4 Malaysia

Malaysia menempah tiket ke final Piala AFF Suzuki 2014 apabila berjaya menyingkirkan Vietnam dengan  kelebihan agregat 5-4.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Shafiq Rahim melalui sepakan penalti selepas Indra Putra dijatuhkan.

Tiga lagi gol dijaringkan masing-masing menerusi Norshahrul,Shukor Adan dan gol sendiri hasil sepakan Indra terkena pemain Vietnam menerjah kegawang.

Tahniah Harimau Malaya...kemasukan Piya ternyata merubah episod duka sebelum ini yang dikecewakan Vietnam 2-1 digelanggang sendiri.

Malaysia bakal berdepan Thailand 17 disember ini jam 7.30 malam di gelanggang lawan untuk final pertama.

Tiada ulasan: