18 Mei 2014

Liga super 2014 : Kelantan tewaskan Perak

Keputusan penuh : Kelantan 2-1 Perak

Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh pemain import dari Mesir,Shawky pada minit ke 5 hasil hantaran lintang Brendan ditanduk kencang kegawang Perak.

Gol kedua pula hasil jaringan Izuan pada minit ke 77 hasil kesilapan pertahanan Perak yang gagal menguis keluar bola didalam kotak penalti dimanfaatkan sepenuhnya Izuan merembat kencang ke gawang Perak.

Perak berjaya menghasilkan gol pertama selang tiga minit akibat kesilapan pertahanan yang bermain sambil lewa sehingga memberikan gol mudah kepada lawan.

Malam ini juga menyaksikan penyokong-penyokong Kelantan pulang hampa kerana tidak dapat menyaksikan kelibat bekas pemain Piala Dunia Ghana,Prince Tagoe.

Segenap ruang Stadium Sultan Muhammad ke IV penuh gara-gara ingin menyaksikan penampilan pertams Tagoe namun beliau dilaporkan mengalami kecederaan ketika latihan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabas kat george bozetan