5 Feb 2014

Piala Fa 2014 : Kelantan mara ke suku akhir

Keputusan penuh

Kelantan 2-1 Sabah

Kelantan berjaya 'membereskan' Sabah dalam 90 minit perlawanan dengan mencatatkan kemenangan 2-1.

Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh pemain import dari Mesir,Shawky hasil hantaran kapten Kelantan Badri Radzi.

Gol kemenangan Kelantan hadir pada minit ke 95 perlawanan setelah pengadil memberikan tambahan 5 minit masa kecederaan.

Pemain gantian,Shakir Ali menjadi wira apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan Kelantan.

Gol tersebut berpunca dari Mohammad Ghaddar yang berjaya mengelecek pertahanan Sabah dan membuat hantaran kepada Fakri yang merembat kencang namun ditepis penjaga gol tetapi tindakan pantas Shakir merembat kencang menerjah gawang.

Walaupun menang rata-rata penyokong Kelantan tidak berpuashati dengan taktikal dari Steve Darby yang dilihat kurang menjadi dan gagal menterjemahkan permainan yang menghiburkan.

Kelantan bakal berdepan lawan yang baru mengalahkan mereka di gelanggang keramat dalam saingan Liga Super iaitu PKNS yang berjaya menundukkan Terengganu 2-1.

Apapun tahniah buat THE RED WARRIORS kerana berjaya mara ke suku akhir...Teruskan perjuanganmu

via samsung

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pada sek kito sbb mene.tp kwe stuju ngn admin corak pmainan klate thn ni xbrapo menarik.kita byk main long ball spt team stoke n west ham yg mana corak pmainan begini merugikan kita memandangkan kita menggunakan corak permainan 3-5-2.spt hok kita smua tau bila bmain corak ini akan memberikan klebihan pd midfield utk merancang serangan.tp kita membazirkan barisan midfield kita yg ramai dgn membuat long pass yg ternyata sia2.ini kerana barisan penyerang kita bukan seorang striker yg tinggi n tegap spt dickson nwakaeme yg mana bole hold ball n link dgn player yg lain.ambo arap lepah ni darby dpt tukar taktik kita dgn byk bermain short ball spt corak bojan thn lepas.salam

Tanpa Nama berkata...

Aaaaa..jolo sngoti. kito hok jong ngelih perlawene live dale tibi pun duk rusing hati kalu duk main mace baru nih gak.