28 Sep 2013

Info Piala Malaysia 2013 : Keputusan Suku Akhir pertama Johor DT vs Kelantan

Keputusan penuh :

Johor Darul Takzim 4-2 Kelantan

Kelantan tewas malam ini 4-2 kepada JDT namun bekalan 2 gol ditempat lawan yang diperolehi melalui Indra dan Obinna sedikit menceriakan penyokong-penyokong TRW.

Suku Akhir kedua nanti sudah pasti menjadi titik penentu kepada TRW yang mempunyai kelebihan bermain ditempat sendiri.

Percaturan Bojan malam ini dilihat berbeza pada kebiasaanya yang menurunkan Dickson pada separuh masa tetapi meletakkan beliau dalam kesebelasan utama pada malam ini.

Percaturan ini dilihat gagal kerana pemain ini dilihat sedikit keletihan untuk bermain untuk 90 minit.

Mungkin selepas ini Bojan perlu mengekalkan taktikal yang diterapkan sebelum ini.

Apapun ada 90 minit lagi untuk diteruskan oleh pemain bagi membawa harapan penyokong ke Final Piala Malaysia sekali lagi.

p/s : Selangor Juara Piala Selangor..yang hebatnya pengulasnya yang begitu teruja dengan kemenangan ini...tahniah..

22 Sep 2013

Jadual suku akhir Piala Malaysia 2013

Kemaskini:

Perlawanan pertama

Khamis,26 September 2013,

Lions XII     v     ATM FA
 
Jumaat,27 September 2013

Pahang FA     v     PKNS FC
       
Sabtu,28 September 2013


Johor Darul Takzim FC     v     Kelantan FA
Sime Darby FC     v     Sarawak FA
       

Perlawanan kedua


Jumaat,4 October 2013

ATM FA     v     Lions XII
PKNS FC     v     Pahang FA

Sabtu,5 Oktober

Sarawak FA     v     Sime Darby FC
Kelantan FA     v     Johor Darul Takzim FC

*tertakluk kepada sebarang perubahan

21 Sep 2013

Info Piala Malaysia 2013 :Keputusan Perlawanan Kelantan vs Pahang

Kelantan 4-0 Pahang

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra dan Dickson menjaringkan hatrik bagi memastikan Kelantan mara kesuku akhir dan bakal berhadapan dengan Johor Darul Takzim.
Ribuan penyokong TRW menyaksikan perlawanan menentang Pahang semalam.

Tahniah TRW anda tidak menghampakan kami..

P/s : Tahniah Pahang berjaya mara walaupun tewas malam ini.,Terima kasih Terengganu kerana memastikan THIS IS PANTAI TIMUR terus bergelora..buat sorang brader dari muadzam tadi semangat anda kami kagumi..

18 Sep 2013

Tiga trio wira sebenar The Reds Warrior

Kelantan benam Terengganu untuk mara suku akhir

Kuala Terengganu: Kombinasi trio diketuai kapten, Mohd Badri Radzi, Indra Putra Mahayudin dan Mohd Shakir Saari mengawal baik bahagian tengah adalah antara intipati kejayaan Kelantan membenam Terengganu 3-1 pada aksi penuh drama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui yang pasukannya gagal beraksi baik pada aksi separuh masa pertama perlawanan Kumpulan C, tetapi berubah pada separuh masa kedua.

“Saya cukup tidak berpuas hati corak permainan pada separuh masa pertama, namun kombinasi tengah berjaya mencorakkan permainan yang konsisten pada separuh masa kedua sekali gus menguasai permainan. Saya teruja pemain saya yang bertindak pantas menutup ruang di bahagian tengah sehingga membuat pemain tuan rumah gagal mendominasi pada perlawanan itu.

17 Sep 2013

Keputusan Piala Malaysia 2013 : Terengganu vs Kelantan

Keputusan penuh :

Terengganu 1-3 Kelantan

Gol sendiri dari pemain pertahanan Terengganu.Gol Terengganu hasil sepakan percuma Owona dibatalkan pengadil gara-gara kerana 'ofsaid' dari Puneswaran yang membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong  Terengganu. 

Indra Putra dan Kapten marvel,Badri Radzi menjadi pelengkap kemenangan 3-1 Kelantan ke atas Terengganu malam ini. Tahniah buat semua pemain yang menunjukkan permainan menarik walaupun dihantui dengan gosip perpindahan musim depan.

15 Sep 2013

Info Piala Malaysia 2013 : Siaran Langsung

Terengganu vs Kelantan - Astro Arena 801

Pahang vs Negeri Sembilan - RTM1

Semua perlawanan berlangsung pada Selasa,8.45 mlm,17 September 2013

p/s : Tertakluk kepada sebarang perubahan

2014 tahun meremajakan The Red Warriors

2014 bakal menyaksikan The Red Warriors tampil dengan pemain-pemain baru dan semestinya akan mempamerkan aksi yang lebih mantap an cemerlang.

Nama-nama besar dijangka mengisi ruang yang ditinggalkan oleh bintang-bintang The Red Warriors yang dikhabarkan akan berhijrah kepasukan lain.Penghijrahan mereka ke pasukan lain sedikit sebanyak akan merencatkan TRW namun kehadiran pemain-pemain baru  sudah pasti akan meremajakan TRW.

Adakah nama-nama seperti Badrul Bakhtiar dan Kyril Muhymen bakal menjadi sebutan setelah kempunan untuk mendapatkan khidmat mereka musim lalu.

Sama-sama kita tunggu pengumuman yang bakal dibuat oleh KAFA dan sekarang tumpukan pada Piala Malaysia yang sedang berlangsung kerana bak kata pepatah...Patah Tumbuh Hilang berganti..Biar Gi lah...Biar Rahsia...

14 Sep 2013

Malaysia Juara Pestabola Merdeka ke 41

keputusan penuh :

Malaysia  2-0  Myanmar

Malaysia merangkul kejuaraan Pestabola merdeka ke 41 apabila menewaskan Myanmar 2-0.

Kredit untuk semua pemain atas persembahan cemerlang dan penjaga gol Malaysia Izham Tarmizi wajar dihamburkan pujian atas kejayaanya memastikan gawang negara gagal dibolosi Myanmar.

Anugerah pemain :

Penjaring terbanyak-Rozaimi 3 gol.

Pemain terbaik perlawanan :

Wan Zack Haikal.

Naib Juara : Myanmar
Tempat Ketiga : Singapura
Tempat keempat : Thailand

11 Sep 2013

Info Pestabola Merdeka 2013 : siaran langsung Astro Arena 801

11 SEPTEMBER (RABU)
MALAYSIA lwn THAILAND
8:00 MALAM

SINGAPURA lwn MYANMAR
11:30 MALAM (TERTUNDA)

14 SEPTEMBER 2013 (SABTU)

TEMPAT KE-3 dan KE-4
5:15 PETANG

FINAL
8:00 MALAM

Info : Arena

9 Sep 2013

keputusan Pesta bola Merdeka : Malaysia vs Myanmar

Malaysia 2-1 Myanmar

Gol-gol Malaysia di jaringkan oleh irfan farzail pada minit ke 67 dan melalui sepakan percuma Wan Zack pada minit ke 79 yang memastikan Malaysia layak ke final Pestabola Merdeka 2013

5 Sep 2013

Gantung dua tahun

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman penggantungan dua tahun ke atas pemain Kelantan, Zamri Ramli yang gagal dalam ujian doping pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak memberitahu, Zamri didapati positif mengambil bahan terlarang iaitu dadah jenis methamphetamine.

“Pemain itu (Zamri) positif dadah jenis methamphetamine berdasarkan laporan yang dibuat oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) di India.

“Dia mengaku salah atas kesalahan mengambil bahan terlarang oleh FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan WADA.

3 Sep 2013

Ariffin, juara keseluruhan Liga Super Fantasi

Pihak Astro Arena dengan bangganya mengumumkan Ariffin Abu Omar sebagai pemenang keseluruhan bagi pertandingan Liga Super Fantasi yang telah berlangsung sepanjang saingan Liga Super musim lalu.

Penjawat awam yang berasal dari Perak itu diumumkan sebagai pemenang hadiah utama selepas pasukan rekaannya "New Born" meraih mata tertinggi.

Replika cek disampaikan ketika program Grandstand Ahad lalu. Beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000.

Ketika ditemubual, Ariffin meluahkan kegembiraannya apatah lagi kemenangan ini diluar jangkaanya.

"Walaupun saya ada pengalaman bermain di BPL Fantasi, namun saya tidak menyangka penyertaan saya di Liga Super Fantasi mendapat habuan. Pada awalnya saya bermain hanya untuk seronok-seronok.