3 Sep 2013

Ariffin, juara keseluruhan Liga Super Fantasi

Pihak Astro Arena dengan bangganya mengumumkan Ariffin Abu Omar sebagai pemenang keseluruhan bagi pertandingan Liga Super Fantasi yang telah berlangsung sepanjang saingan Liga Super musim lalu.

Penjawat awam yang berasal dari Perak itu diumumkan sebagai pemenang hadiah utama selepas pasukan rekaannya "New Born" meraih mata tertinggi.

Replika cek disampaikan ketika program Grandstand Ahad lalu. Beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000.

Ketika ditemubual, Ariffin meluahkan kegembiraannya apatah lagi kemenangan ini diluar jangkaanya.

"Walaupun saya ada pengalaman bermain di BPL Fantasi, namun saya tidak menyangka penyertaan saya di Liga Super Fantasi mendapat habuan. Pada awalnya saya bermain hanya untuk seronok-seronok.

"Antara pemain-pemain yang menyumbang mata terhadap pasukan saya adalah Mahali Jasuli, Zairul Fitri, Marlon Alex James, Forkey Doe. Bagaimanapun, pemain tetap yang saya gunakan adalah Shahril Ishak dan Mohd Badhri Mohd Radzi," katanya.

"Terima kasih Astro Arena. Saya juga akan terus bermain Fantasi di Astro Arena," tambahnya.

Sementara itu, hadiah bagi bulan Jun diterima Saifullah Shafie manakala Ahmad Sarizal Mohd Razali pula menjadi pemenang bagi bulan April.

Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, jersi pilihan dan dua keping tiket Piala Malaysia 2013.

Untuk melanggan pakej sukan Astro, layari laman web www.astro.com.my/shop  atau hubungi 1300 82 3838 sekarang!

Astro Arena

Tiada ulasan: