29 Mei 2013

info piala fa 2013 : Separuh akhir kedua Pahang vs JDT di Bukit Jalil

FAM yang bermesyuarat petang tadi sebulat suara memutuskan perlawanan separuh akhir kedua piala fa diantara Pahang menentang Johor DT  yang ditunda semalam akan diadakan pada sabtu, ini di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 4.15 petang.

Tiket yang telah digunakan untuk perlawanan yang ditunda tersebut masih boleh digunakan untuk menyaksikan perlawanan ini nanti.

FAM juga mengenakan denda  RM100 ribu keatas Pahang dan Johor DT RM20 ribu ekoran kejadian penyokong memasuki padang dan trek serta bergaduh.

update :

pemegang tiket perlawanan semalam perlu menebus tiket di persatuan bola sepak Pahang.

28 Mei 2013

Kelantan ke Final Piala FA..

Keputusan penuh :
Terengganu 4 - 2 Kelantan
Kelantan layak ke final dengan agregat 6-5.
Aksi dramatik dipertontonkan dalam perlawanan separuh akhir kedua Terengganu menentang Kelantan apabila berkesudahan Kelantan kalah 4-2 namun layak dengan agregat 6-5.
Kelantan yang ketinggalan 3-0 4-0 akhirnya berjaya mendapatkan gol berharga pada minit  92 94 perlawanan melalui Obinna hasil sepakan percuma Badri yang mengheret perlawanan kemasa tambahan dengan Terengganu bermain 9 orang setelah Effa dan Manaf dilayangkan kad merah.

Info Siaran Langsung Piala FA 2013 : Perlawanan separuh akhir kedua

Update : 
 
Terengganu(1) vs (4)Kelantan
Stadium Sultan Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu
Selasa,28 Mei 2013,
4.15 petang

Live : Astro Arena 801,RTM1 dan Radio Malaysia Kelantan(RMK) Frekuensi 102.90 dan 97.30 dan melalui aplikasi Android. 

Pahang(0) vs (1)Johor Darul Takzim
Stadium Darul Makmur,Kuantan Pahang
Selasa,28 mei 2013
8.45 malam

 Live Astro Arena 801 *Keputusan atau agregat separuh akhir pertama dalam kurungan.

26 Mei 2013

Annuar harap Kelantan ke final jumpa JDT

PENASIHAT Persatuan Bola sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa yang berpuas hati dengan persembahan skuadnya membenam Terengganu 4-1 pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA malam semalam, berharap anak buahnya mengekalkan momentum itu untuk ke final.
  
Beliau juga berharap pentas final akan menyaksikan pertembungan skuad Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT).
 
"Kita harap dapat bertemu Johor Darul Takzim di final, sebab baru ni kita tak puas hati sebab tak main 'full  team'. Jadi kita nak main 'full team', kita nak uji Johor, di 'neutral ground'," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
  
Pada pertemuan di laman sendiri malam semalam, skuad Red Warriors yang menurunkan semua pemain utama, ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama namun bangkit pada 10 minit terakhir babak kedua untuk menjaringkan empat gol.

Kelantan selangkah ke final

Juara bertahan Piala FA, Kelantan melangkah sebelah kaki ke final setelah mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Terengganu pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bahru, malam tadi.
  
Dengan kelebihan itu, Kelantan selaku juara trebel musim lepas membawa bekalan selesa dan tidak perlu bekerja keras apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua, Selasa ini.
  
Skuad Penyu bermula garang apabila mengejutkan Kelantan menerusi gol pembukaan yang dijaringkan pemain tengah, Mohamad Ashari Samsudin menerusi tandukan seawal minit kedua perlawanan.
  
Tertekan dengan kedudukan itu, Kelantan yang terkenal dengan gelaran 'The Red Warriors' kembali bangkit pada babak kedua perlawanan apabila Dickson Nwamuso berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79.

25 Mei 2013

keputusan penuh separuh akhir 1 piala fa 2013 :

Kelantan 4 - 1 Terengganu

Gol-gol Kelantan di jaringkan oleh Dickson,Indra,Obinna dan Zarul

Johor D.T 1 - 0 Pahang

22 Mei 2013

keputusan Liga Super 22 mei 2013

Johor DT 2 - 0 Kelantan

Selangor 2 - 0 Terengganu

Negeri Sembilan 0 - 2 Pahang

Percaturan paling bodoh musim ini...TSAM

Itulah ungkapan yang tertaip dari facebook Tan Sri Anuar Musa setelah Kelantan tewas 2-0 kepada Johor Darul Takzim.

Siapa yang 'bodoh' sudah tentu terjawab kerana rata-rata penyokong TRW tidak menyukai taktikal ntah apa-apa dari Bojan.

Penyokong faham pasukan sekarang kekurangan pemain dan tindakan Bojan yang merehatkan pemain utama bagi aksi Piala Fa nanti tetapi tindakannya yang tidak membuat pertukaran awal walaupun pemain dilihat gagal menterjemahkan gol terutamanya Aris dan Fakri amat dikesali.

Andai Bojan membuat pertukaran awal sudah pasti keputusan malam ini mungkin berbeza...JDT ingin kemenangan dan Kelantan hanya dilihat ingin seri sahaja malam ini.

Selepas ini TSAM perlu kerap turun padang dan menegur sikap Bojan dilihat seolah-olah syok sendiri dengan line up beliau.

Tahniah buat Mat Yo dan Nurul yang berjaya memperbodohkan lagi Bojan malam ini...

18 Mei 2013

Keputusan penuh liga super 2013 : Kelantan vs selangor

Masa penuh :

Kelantan 1-1 Selangor

Gol kelantan dijaringkan pemain gantian,Zairo yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan Norazlan.

Sebelum itu Selangor didepan apabila memperolehi gol menerusi tandukan pemain import dari Australia,Adam

13 Mei 2013

12 Mei 2013

Liga Super 2013:Kelantan terus mengejar

Kelantan terus mengejar pasukan teratas dalam saingan Liga Super musim ini.

Walaupun sudah dianggap 'terlewat' untuk mengejar pendahulu liga,Kelantan masih berpeluang untuk menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga.

Lions xii dan ATM dilihat agak mustahil untuk dikejar berdasarkan prestasi semasa mereka namun pasukan lain masih mampu dipintas oleh The Red Warriors.

Kami penyokong-penyokong setia TRW akan terus memberikan sokongan padu buat TRW.
Zahirkan sokongan kami dengan KEMENANGAN!!

10 Mei 2013

Info Liga Super 2013: Negeri Sembilan vs Kelantan

Negeri Sembilan 0-3 Kelantan

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Badri,Indra Putra dan Norfarhan.

Keputusan lain :

Selangor 1-1 Perak

9 Mei 2013

Info Liga Super 2013 : Perlawanan LS17 dan siaran langsung

Jumaat 10 May     Selangor    vs    Perak
Shah Alam Stadium, Shah Alam, Selangor
Live : Astro Arena 801   

Jumaat 10 May     Negeri Sembilan   vs    Kelantan
Tuanku Abdul Rahman Stadium, Paroi, Negeri Sembilan

Sabtu 11 May     FELDA United FC    vs      ATM FA 
Petaling Jaya Stadium, Kelana Jaya, Selangor  
Live : RTM1

Sabtu 11 May     Terengganu    vs    Pahang
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium, Kuala Terengganu, Terengganu  

Sabtu 11 May     LionsXII Singapore    vs    T-Team
Jalan Besar Stadium, Singapore    

Sabtu 11 May     Darul Takzim FC    vs     Selangor PKNS FC
Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium, Johor Bahru, Johor
Live : Astro Arena 801

*tertakluk kepada sebarang perubahan

7 Mei 2013

Keputusan penuh liga super 2013: Kelantan vs Felda Utd

Kelantan 3-0 felda,2 goL dari Indra dan satu gol Piya

Perlawanan Liga Super 2013 yang ditunda sempena PRU 13

Perlawanan Liga Super yang berlangsung pada Sabtu 4 mei 2013 ditunda kepada Rabu,22 Mei 2013

LIONS XII FC mln SELANGOR PKNS FC
7.45 mlm
Stadium Jalan Besar, Singapura

SELANGOR mln TERENGGANU
8.45 mlm
Stadium Shah Alam, Selangor

NEGERI SEMBILAN mln PAHANG
8.45 mlm
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kuning-Hitam / Hitam / Kuning

JOHOR DARUL TAKZIM FC mln KELANTAN
8.45 mlm
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, JB

Info Liga Super 2013 : Siaran langsung 7 mei 2013

Terengganu vs  LIONSXII  -   Astro Arena 801, 4.45 mlm

Pahang vs Selangor  -   Astro Arena 801, 8.45 mlm

ATM vs Darul Takzim   -  RTM1, 8.45 mlm

Hadiah untuk Annuar: Piya

Kota Bharu: Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi mahu menghadiahkan kemenangan menentang FELDA United dalam saingan Liga Super, malam ini kepada Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang berjaya memenangi kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kelmarin.

Mohd Badhri atau lebih mesra dengan panggilan Piya turut menegaskan selain menghadiahkan kemenangan itu kepada Annuar, tiga mata dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu penting buat The Red Warriors (TRW) memperbaiki kedudukan dalam liga.
Pemain tengah berusia 30 tahun itu berkata, ganjaran bonus dan lot tanah yang diterima minggu lalu menjadi suntikan semangat buatnya dan rakan sepasukan beraksi dengan baik dan memburu kemenangan.