27 Feb 2013

Keputusan Piala Fa 2013 pusingan kedua

Kelantan vs PKNS - ditunda sehingga diberitahu kelak.

Kedah 2 - 2 Johor Darul Takzim(JDT mara menerusi sepakan penalti 5-4)

Pahang 7 - 1 ATM Tentera Darat

Sarawak 2 - 0 PBAPP

P.Pinang 0 - 3 Terengganu

Pos 0 - 2 N.Sembilan

T.Team 0 - 1 Sime Darby

25 Feb 2013

Pengalaman pengaruhi keputusan pengadil

Keputusan tidak semestinya sejajar dengan 17 undang-undang bola sepak: Amir Sharifuddin

Kuala Lumpur: Pengalaman antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan seorang pengadil di atas padang dan ia hanya mampu dikutip dengan mengadili seberapa banyak perlawanan.

Menurut bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tempatan, Amir Sharifuddin Wong dalam laman blognya pengadilfam.blogspot.com, pengetahuan dalam undang-undang permainan saja tidak mencukupi kerana dalam pengadilan, terdapat empat jenis keputusan yang perlu diambil kira.

“Terdapat empat jenis keputusan di dalam sesuatu perlawanan – Statutori (berdasarkan undang-undang), interpretasi (pendapat pengadil), mustahil (telahan terbaik) dan kritikal (memerlukan keyakinan, ketepatan dan keberanian),” kata Amir yang pernah bertugas di Persatuan Bola Sepak Maldives sebagai Ketua Jabatan Pengadil.

Fakri Saarani milik Kelantan

Setelah berteka-teki akhirnya Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Fakri Saarani iaitu pemain kebangsaan yang sedang bermain di Portugal sah menjadi milik Kelantan.

Fakri yang bermain untuk kelab divisyen dua Portugal,Atletico S.C dikatakan 'terpaksa' beralih arah setelah kelab tersebut bakal bermain dalam Liga Divisyen Tiga Portugal yang dilihat tidak menguntungkan kerjaya beliau.

24 Feb 2013

Info Siaran langsung Piala FA 2013 : Pusingan kedua

Astro Arena  801

P.Pinang vs Terengganu
Stadium bandaraya,
26 Februari 2013,
4.45 petang

Kedah vs Johor Darul takzim
Stadium Darul Aman
26 Februari 2013, 
8.45 mlm


*Tiada siaran langsung membabitkan pasukan Kelantan menentang PKNS

Jadual : Klik

Keputusan liga super : ls7

Pahang 2 - 2 Kelantan..gol-gol jaringan Norfarhan dan Keita mandjou

22 Feb 2013

Kutipan derma 5 sen

Sesi kutipan derma 5 sen anjuran Kelab penyokong Kelantan di perkarangan SSMIV

Nilai FAM 5 sen?

Kelab penyokong Kelantan akan mengadakan sesi kutipan derma bagi meringankan beban kafa serta tanda simbolik nilai FAM sekarang yang dianggarkan hanyalah 5 sen sahaja.

Majlis tersebut akan diadakan pada hari jumaat,22 februari jam 3 petang

Difahamkan kelab penyokong ATM,Pahang dan Perlis juga akan membantu membuat kutipan derma untuk KAFA.

Kepada penyokong Kelantan jangan lupa untuk ke stadium sultan muhammad ke iv petang ini dan penyokong digalakan membawa seberapa banyak duit 5 sen sebagai sokongan kepada KAFA.

21 Feb 2013

KAFA 'pilihan' FAM


NAMPAK gayanya, Kelantan terus menjadi persatuan ‘pilihan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk ‘menyumbang’ sumber kewangan kepada badan induk bola sepak negara itu.

Mana tidaknya, hampir setiap tahun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berada dalam senarai pasukan yang dihukum oleh FAM atas kesalahan-kesalahan membabitkan faktor keselamatan.

Hukumannya bukan belasan ringgit Malaysia, tetapi puluhan ribu.Boleh dikatakan bahawa KAFA setakat ini, antara penyumbang sumber kewangan terbanyak kepada FAM menerusi denda yang dikenakan, hanya disebabkan kerenah penonton.

Sejak beberapa tahun lalu, FAM kecewa kerana setiap kali berlangsungnya perlawanan liga, stadium di semua negeri kosong, tetapi apabila penonton kembali membanjiri stadium, FAM pula yang mencari peluang untuk menghukum pasukan.

20 Feb 2013

Keputusan penuh Liga Super 2013 : LS7

Kelantan     2–0     Terengganu  
PKNS FC     2–1     Negeri Sembilan
Perak     1–0     Pahang
Darul Takzim FC     2 – 2     LionsXII    
ATM    2–0     Selangor
T-Team     1-1     FELDA United FC  

14 Feb 2013

Siaran Langsung Liga Super 2013 : LS6 dan LS7

Updated : 

Selangor vs Kelantan - Astro Arena 801,
15 Feb 2013,
8.45 mlm

Lions XII vs Pahang - Astro Arena 801,
16 Feb 2013,
7.45 mlm

ATM vs Selangor - Astro Arena 801
19 Feb 2013
8.45 mlm

Perak vs Pahang - RTM1
19 Feb 2013
8.45 mlm

*Tertakluk kepada perubahan dari RTM dan Astro


2 Feb 2013

Info Perlawanan Persahabatan TRW 2013 : Kelantan vs Semen Padang FC

Kelantan(1) vs (1)Semen Padang FC
Sabtu,2 Februari 2013
8.45 mlm,

Tiket : RM 10
Percuma dengan pembelian Top Up dari kedai hotlink

Live : RTM1

 **Jangan lupa saksikan 2 pemain import yang bakal bergandingan dengan Petratos iaitu SALIM ARRACHE dan Dickson nwakaemi malam ini.