Keputusan tidak semestinya sejajar dengan 17 undang-undang bola sepak: Amir Sharifuddin
Kuala Lumpur: Pengalaman antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan seorang pengadil di atas padang dan ia hanya mampu dikutip dengan mengadili seberapa banyak perlawanan.
Menurut bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tempatan, Amir Sharifuddin Wong dalam laman blognya pengadilfam.blogspot.com, pengetahuan dalam undang-undang permainan saja tidak mencukupi kerana dalam pengadilan, terdapat empat jenis keputusan yang perlu diambil kira.

“Terdapat empat jenis keputusan di dalam sesuatu perlawanan –
Statutori (berdasarkan undang-undang), interpretasi (pendapat pengadil),
mustahil (telahan terbaik) dan kritikal (memerlukan keyakinan,
ketepatan dan keberanian),” kata Amir yang pernah bertugas di Persatuan
Bola Sepak Maldives sebagai Ketua Jabatan Pengadil.