13 Okt 2013

ATM dah kecut perut

Perubahan venue perlawanan sekali lagi terpaksa dilakukan oleh FAM melibatkan perlawanan pertama separuh akhir ATM bertemu Kelantan pada 18 oktober ini.

Sebelum ini FAM telah mengumumkan venue perlawanan ditukar ke stadium Shah Alam atas persetujuan bersama tetapi setelah mendapat desakan dari pemain-pemain ATM yang mengandaikan sekiranya bermain di Shah Alam seolah-olah mereka bermain digelanggang lawan.

Pemain-pemain ATM dilihat cukup gerun dengan pemain ke-12 Kelantan iaitu Penyokong Setia TRW yang pasti akan melebihi jumlah penyokong ATM.

ATM dah kecut perut dan tiada semangat untuk melawan sorakan ribuan penyokong TRW.Mereka takut apa yang menimpa Johor Darul Takzim akan menimpa mereka kembali.

Alangkah ruginya perubahan venue dilakukan FAM kerana kapasiti Stadium Shah Alam adalah jauh berbeza dengan Stadium Selayang.Kualiti permainan,gegak gempita penyokong,aspek keselamatan serta keselesaan penyokong-penyokong sudah pasti tidak setanding Stadium Shah Alam yang memilik padang terbaik di Malaysia serta kemudahan infrastruktur yang lain.

Apapun kita tahu bahawa TRW tidak akan mudah mengalah walaupun bermain dimana-mana Stadium sekalipun.

AYUH TRW KITA GOMO ATM!!!

Tiada ulasan: