PERTAHANAN kiri Kelantan, Mohammad Abdul Aziz Ismail kecewa kerana
tidak dapat membantu skuad Red Warriors musim depan berikutan kecederaan
lutut kanan ketika perlawanan persahabatan menentang Kedah di Stadium
Sultan Muhammad IV, baru-baru ini.
Berikutan kecederaan teruk lutut kanannya itu, dia terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, pada 2 Januari.
“Selepas pembedahan itu nanti, doktor menjangkakan saya terpaksa
berehat panjang antara enam hingga tujuh bulan. Besar kemungkinan saya
hanya boleh beraksi untuk saingan Piala Malaysia saja musim depan.
“Memang tidak dinafikan sedih dan kecewa kerana sekali lagi terpaksa berehat panjang yang menjejaskan impian saya membantu pasukan. Apa boleh buat, nasib tidak menyebelahi saya,” katanya, semalam.
Walaupun impiannya beraksi samar, Abdul Aziz tetap berharap semua pemain lain dapat mengekalkan kejuaraan tiga piala yang dimenangi selain menambah koleksi untuk musim depan, termasuk Piala AFC.
Menurutnya, dia yakin dengan kehadiran beberapa pemain baru seperti
Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, Zairo Anuar Zalani dan Mohd Faiz Subri
serta bintang import berbakat dari Australia, Dimitri Petratos yang
mampu menggalas misi mengekalkan kejuaraan musim depan.
“Saya yakin gandingan antara pemain lama dan pemain baru dapat membentuk pasukan mantap musim depan. Walaupun tidak dapat bermain dan hanya mampu memberi sokongan dari luar padang, saya tetap mengharapkan Kelantan menjadi pasukan digeruni,” katanya.
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor (HMetro)
credit gambar theredwarriors.com
2 ulasan:
Kau tetap di hati kami walaupun tidak bermain utk Klate...
And here's a good tip: if your bag's cleaning instructions call
for air drying in a tumble dryer, try throwing a few tennis balls in with the sleeping bag.
The CFM measure is useful for determining the vacuuming ability.
You will want to check out the belt to the backpack carrier to see if it is
long enough to adjust for your comfort.
Feel free to visit my blog post: northface backpacks
Catat Ulasan