22 Jun 2012

Bojan Hodak mesti tunai janji...

Andai kita masih ingat kata-kata Bojan Hodak yang mengatakan skuadnya 'memerlukan' dua atau tiga perlawanan bagi memantapkan kembali pasukan selepas aksi hambar  ketika menentang Kedah tempohari.

Janji tersebut akan dipegang oleh penyokong-penyokong TRW.Malam esok Kelantan bakal melayan kunjungan pasukan bermasalah iaitu Sabah yang telah melepaskan 13 gol tanpa balas dalam dua perlawanan sebelum ini.Jadikanlah pertemuan tersebut sebagai inspirasi kebangkitan skuad TRW dalam merealisasikan kejuaraan Liga Super milik Kelantan sekali lagi.

Tempoh rehat yang panjang ternyata 'merencatkan' sedikit permainan TRW yang dilihat gagal mempamer aksi sebenar seperti yang dicanangkan oleh Bojan yang mengatakan pemain-pemain TRW umpama pasukan Barcelona.

Kemenangan tipis 1-0 keatas Kuala Lumpur tempohari ternyata memberikan tekanan kepada pemain serta jurulatih apabila tidak mampu untuk menembusi benteng skuad warga kota selasa lalu.Walaupun mempamerkan permainan menarik tetapi penyudah serta keserasian antara pemain terutamanya pemain import Ghaddar dan Mat Yo dilihat kurang mantap.


Ghaddar ternyata tidak boleh mengubah sikap serta corak permainan beliau apabila dilabelkan sebagai seorang pemain yang 'pemalas' serta suka mementingkan diri dan tidak menunujukkan semangat berpasukan.Andai ini tidak diubah lama kelamaan iainya akan menjadi 'barah' kepada pemain lain yang mulai 'fedup' dengan sikap beliau.

Bojan Hodak perlu merangka strategi ampuh agar dapat meneruskan legasi kecemerlangan sebelum ini.Kelantan sekarang dilihat kurang agresif dan tidak 'bersungguh' dalam setiap perlawanan seolah-olah sudah berpuashati dengan kedudukan sekarang.Harus diingat bahawa lawan Kelantan selepas ini adalah pasukan-pasukan kuat seperti Selangor,Negeri Sembilan dan Terengganu yang akan berusaha untuk mengagalkan impian Kelantan untuk menjulang kejuaraan Liga Super.

Sikap memandanng mudah lawan akan membawa padah kerana mana-mana pasukan yang menentang Kelantan akan pasti menunjukkan semangat luar biasa agar dapat 'menconteng arang' ke muka TRW.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kelantan maen 80 minit jh bukan 90 minit..nie hok kawe xpuah hati nih..stuju kow kawe katow kelate hnya maen 80 minit? Sebab kawe skmo tngk kelate bolos bila 10 minit prmainan nk tamat..

Tanpa Nama berkata...

Ghaddar go to hell. Play football like monkey do not like to share a ball. Coach you need to boycot him to get a good result in remaining matches

Tanpa Nama berkata...

Coach boleh guna local player. Nwaneri seorang cikup doh untuk jadi juara. Harap keita manjou perangai buke macam ghaddar. Kalu ok buang je ghaddar .... Go to hell ghaddar kalu nok tengok local player happy.

Tanpa Nama berkata...

Xpayoh maroh sngt kow ghaddar..xcukup ag kow bnyk manow hok dio sumbang kow kitow? Bnyk kali dh kawe raso dio v 3 mato penuh untuk kitow..bia lh dio nk maen individu pom asalkn dio bleh sumbat gol cukup lh..xgunow ugk lau maen passing2 tapi xleh sumbat gol..

wakkiro berkata...

loni mace kure sikit trw menganas,,mintok2 bojan panda gatur ejas v sedak male ni,,kae lawe kito tu saboh v dio bolos banyok sikit k;;;ps'main biar betul jange dok berangan'

kuyan79 berkata...

kelantan terlalu memperlekehkan gu lawan..bilo lwn gu xsedap menea kelate xsdp..bilo lawan team sedap mcm teganu br game jd sedap...keno ubah mentaliti ni