Ucapan terima kasih kami penyokong-penyokong The Red Warriors kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah mengumumkan cuti peristiwa pada 20 mei ini sempena Final Piala FA diantara Kelantan melawan Sime Darby.
Berita gembira tersebut diumumkan oleh Abdul Patah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri Kelantan.
Pengumuman cuti ini memberi seribu makna buat penyokong Kelantan kerana mereka dapat merancang jadual perjalanan ke Bukit Jalil nanti dan tidak terikat pada tugas hakiki masing-masing.
Diharapkan dengan pengumuman ini penyokong-penyokong Kelantan dapat memenuhi segenap ruang di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti bagi memberikan sokongan kepada TRW nanti.
Terima Kasih.. Terima Kasih.. Terima Kasih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan